12 Soalan Temuduga Yang Akan Ditanya Kepada Wanita Berbanding Lelaki

Bagi calon yang dipanggil untuk menghadiri temuduga, pasti pelbagai persediaan yang perlu disediakan. Persediaan menghadiri temuduga bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak aspek yang perlu diberi perhatian. Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah seperti persediaan sijil dan dokumen, soalan yang bakal ditanya dan penampilan anda semasa menghadiri sesi temuduga.

Namun, adakah anda mengetahui bahawa terdapat 12 soalan yang akan ditanya kepada calon temuduga wanita berbanding calon lelaki?

Jika tidak, ikuti perkongsian ini untuk mengetahui apakah 12 soalan tersebut semasa temuduga.

12 SOALAN YANG SERING DITUJUKAN KEPADA CALON TEMUDUGA WANITA

12 Soalan Temuduga Yang Akan Ditanya Kepada Wanita Berbanding Lelaki

Berikut adalah soalan-soalan akan ditanya kepada calon wanita berbanding calon lelaki:

  • Kenapa syarikat patut ambil anda bekerja?
    • Hampir 45% calon wanita menerima soalan ini berbanding calon lelaki sebanyak 37%.
  • Di manakah anda melihat diri anda dalam 5 tahun akan datang?
    • Sebanyak 43% soalan ini ditanya kepada calon wanita berbanding 34% calon lelaki.
  • Apakah kelemahan terbesar dalam diri anda?
    • Sebanyak 37% calon wanita ditanya berbanding calon lelaki sebanyak 27%.
  • Apakah kelebihan diri anda?
    • 44% calon wanita berbanding 34% bagi calon lelaki.
  • Kenapa anda berminat dengan jawatan ini?
    • 44% calon wanita berbanding 37% bagi calon lelaki.
  • Adakah anda seorang yang mampu bekerja dalam kumpulan?
    • 37% calon wanita ditanya berbanding 31% calon lelaki.
  • Adakah anda fikir anda layak untuk bekerja di syarikat ini?
    • 40% calon wanita ditanya berbanding 34% calon lelaki.
  • Kenapa anda memohon jawatan ini?
    • 40% calon wanita ditanya berbanding 35% calon lelaki.
  • Boleh terangkan kenapa ada jurang dalam resume anda?
    • 19% calon wanita ditanya berbanding 18% calon lelaki.
  • Kenapa anda tidak menyukai pekerjaan anda?
    • 22% calon wanita ditanya berbanding 21% calon lelaki.
  • Bagaimana pendidikan anda menjamin kerjaya anda?
    • 19% calon wanita ditanya berbanding 18% calon lelaki.

Calon wanita kebiasaanya menerima soalan mengenai kekuatan dan kelemahan mereka dan kenapa anda perlu diambil bekerja. Calon temuduga wanita dijangka akan lebih membuktikan diri mereka lebih layak untuk diterima bekerja.

8 SOALAN YANG SERING DITANYA KEPADA CALON LELAKI

12 Soalan Temuduga Yang Akan Ditanya Kepada Wanita Berbanding Lelaki

Berikut adalah soalan yang sering ditanya kepada calon lelaki:

  • Soalan mengenai pandangan politik.
    • Sebanyak 18% calon lelaki ditanya berbanding 8% calon wanita.
  • Seberapa jujurkah anda?
    • Sebanyak 22% calon lelaki ditanya berbanding 13% calon wanita.
  • Soalan berkaitan umur.
    • Sebanyak 34% calon lelaki ditanya berbanding 26% calon wanita.
  • Soalan yang berkaitan dengan orientasi seksual.
    • Sebanyak 15% calon lelaki ditanya berbanding 7% calon wanita.
  • Bagaimanakah perasaan anda apabila bekerja di bawah pengurus yang lebih muda dari usia anda?
    • Sebanyak 16% calon lelaki ditanya berbanding 10% calon wanita.
  • Apakah keputusan yang paling teruk yang pernah anda lakukan?
    • Sebanyak 14% calon lelaki ditanya berbanding 9% calon wanita.
  • Soalan mengenai penyalahgunaan dadah.
    • Sebanyak 27% calon lelaki ditanya berbanding 21% calon wanita
  • Soalan berkaitan dengan gaji di tempat kerja lama.
    • Sebanyak 36% calon lelaki ditanya berbanding 31% calon wanita.

Soalan-soalan di atas adalah soalan yang cenderung ditanya kepada calon lelaki dan calon wanita semasa sesi temuduga dijalankan. Bagi bakal calon yang akan menghadiri temuduga, anda boleh membuat persediaan jawapan bagi soalan-soalan tersebut.

Selamat Maju Jaya!

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *