5 Faktor Kenapa Anda Perlu Memilih Emas Sebagai Pelaburan Masa Depan Anda

5 Faktor Kenapa Anda Perlu Memilih Emas Sebagai Pelaburan Masa Depan Anda

Emas  merupakan sesuatu logam yang disifatkan sebagai bewarna kuning dan ianya sangat bernilai dan berharga tinggi. Emas adalah mempunyai bentuk yang padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur.

Adakah anda mengetahui bahawa emas yang boleh dijadikan sebagai pelaburan masa depan anda kerana nilainya yang tinggi?

Ikuti perkongsian menarik ini untuk mengetahui sebab-sebab anda memilih emas sebagai palaburan anda.

FAKTOR MEMILIH EMAS SEBAGAI PELABURAN

Antara kebaikan yang anda akan perolehi sekiranya anda memilih emas sebagai pelaburan masa depan anda adalah:

1. Pulangan Tetap Yang Tinggi

Setiap tahun harga emas akan meningkat dari semasa ke semasa berbanding simpanan tetap dimana kadar faedahnya adalah rendah. Sebagai contoh anda mempunyai wang bernilai RM1000. Anda memilih untuk  membeli emas sebagai pelaburan pada Januari 2019 dengan harga RM173 per gram. Dengan jumlah wang yang anda akan mendapat sebanyak 5.79gram emas.

Pada Januari 2020, nilai emas telah meningkat kepada RM205 per gram. Ini menunjukkan emas yang anda beli pada 2019, boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi dan anda mendapat pulangan daripada penjualan emas tersebut.

2. Emas Simbol Kekayaan Sebenar

Untuk makluman anda, emas menjadi pilihan manusia sejak dulu kerana ianya dianggap sebagai penyimpan kekayaan. Sifatnya yang berwarna kuning keemasan, tahan lasak, tidak boleh dihapus dan sukar diperoleh menjadikan emas sangat bernilai.

Emas sangat berbeza berbanding pelaburan yang lain kerana walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

3. Pulangan Yang Baik Dari Inflasi

Nilai mata wang kita pada hari ini semakin susut. Hal ini kerana negara berhadapan dengan inflasi yang sangat tinggi. Ini menunjukkan wang kertas mempunyai kadar susut nilai dalam jangka panjang. Malaysia antara negara yang turun mengalami kadar susat nilai yang tinggi.

4. Emas Tidak Boleh Dimanipulasi

Emas merupakan sesuatu yang sangat istimewa kerana sukar diperoleh dan tidak boleh diciptakan. Maka, emas adalah sesuatu yang tidak boleh dimanipulasi. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas yang boleh dicetak mengikut kadar yang telah ditetapkan.

5. Mudah Dicairkan

Dengan menyimpan emas, dapat mengelakkan kita daripada sifat boros berbelanja. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang simpanan, anda berada dalam situasi berbahaya. Namun jika anda mempunyai emas, anda tidak perlu risau lagi. Hal ini kerana sekiranya anda memerlukan wang tunai dengan kadar segera, anda menjual atau menggadaikan emas anda untuk sementara waktu. Hal ini menunjukkan emas mudah dicairkan menjadi wang tunai untuk kegunaan kecemasan anda.

Jenis-Jenis Emas

Antara jenis-jenis emas  adalah seperti berikut:

  • Emas 999
  • Emas 950
  • Emas 916
  • Emas 835
  • Emas 750

10 NEGARA YANG KAYA DENGAN EMAS

Berikut adalah negara-negara yang kaya dengan simpanan emas:

  • Amerika Syarikat – 8,133.5 tan
  • Jerman – 3,401.0 tan
  • Tabung Kewangan Antarabangsa – 2,848.7 tan
  • Itali – 2,451.8 tan
  • Perancis – 2,436 tan
  • Rusia – 2,168.3 tan
  • China – 1,885.5 tan
  • Switzerland – 1,040 tan
  • Jepun – 765.2 tan
  • Belanda – 612.5

Tidak ramai yang sedar dan ambil tahu tenang kelebihan membuat simpanan pelaburan emas. Membeli emas bukan semestinya dalam kuantiti yang banyak dan tinggi nilainya. Tetapi emas boleh dibeli secara konsisten dalam kuantiti sedikit demi sedikit. Pilihan di tangan anda untuk membuat pelaburan di tangan anda.

Selamat Maju Jaya!

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *