7 Persediaan Graduan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan Pada Masa Kini

Adalah menjadi impian semua graduan untuk memiliki pekerjaan setelah tamat belajar. Graduan pada masa kini memiliki persaingan yang sangat sengit kerana berlaku lambakan graduan yang mencari pekerjaan pasaran.

Oleh itu, graduan perlulah berpijak di bumi yang nyata untuk mendapat kerja idaman mereka pada gaji yang besar.

Kebanyakkan syarikat tidak akan menawarkan jumlah gaji yang besar kepada graduan yang baru menamatkan pengajian. Untuk mendapatkan gaji yang besar, graduan perlulah mempersiapkan diri mereka untuk menempuh alam pekerjaan.

7 PERSEDIAAN GRADUAN SEBELUM MEMASUKI ALAM PEKERJAAN

Berikut adalah persediaan graduan sebelum menempuh alam pekerjaan pada masa kini.

1. Membuat Persediaan Temuduga

Graduan perlulah membuat permohonan pekerjaan sebelum pada tamat pengajian. Maka, graduan berkemungkinan akan dipanggil untuk menghadiri interview. Graduan perlulah bersedia untuk menghadiri interview dengan membuat persediaan untuk menghadapi temuduga.

Pastikan anda membuat persiapan mengenai soalan-soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga.

7 Persediaan Graduan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan Pada Masa Kini

2. Menyediakan Pakaian Untuk Menghadiri Temuduga

Graduan pastinya mengetahui tentang pakaian yang sesuai dipakai untuk menghadiri temuduga yang akan dijalankan. Oleh itu, graduan perlulah membuat persiapan berkaitan dengan penampilan anda untuk menghadiri temuduga.

3. Meningkat Penguasaan Bahasa Anda

Majikan pada masa kini kebanyakkan mencari pekerja yang berkemahiran tinggi dalam penguasaan bahasa. Pada era meden kini, bahasa Inggeris sebagai bahasa untuk berhubung dengan dunia luar atau dalam konteks mencari maklumat. Graduan yang lebih menguasai bahasa Inggeris akan diberi keutamaan oleh majikan walaupun bidang kerjanya tidak berkaitan dengan bahasa Inggeris secara langsung. Selain itu, graduan yang mampu untuk menguasai Bahasa Mandarin menjadi kelebihan kepada mereka.

7 Persediaan Graduan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan Pada Masa Kini

4. Mengubah Mindset Graduan

Graduan perlulah mengubah pemikiran atau mindset mereka setelah mereka memasuki alam pekerjaan. Apabila mereka memasuki alam pekerjaan, situasi yang dihadapi adalah tidak sama. Pada alam universiti, mereka malakukan tugasan untuk mendapatkan markah daripada pensyarah. Manakala, pada alam pekerjaan, graduan seharusnya menyumbangkan tenaga untuk meningkatkan kualiti dan mutu syarikat. Graduan perlu memahami bahawa  pekerjaan adalah salah satu cara memperolehi keuntungan dan faedah bersama.

7 Persediaan Graduan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan Pada Masa Kini

5. Mempunyai Pengalaman Bekerja

Umum mengetahai bahawa kebanyakkan graduan tidak mempunyai pengalaman bekerja. Graduan boleh menceritakan pengalaman anda pengalaman bekerja dengan orang lain. Selain itu, latihan industri memberi manfaat kepada graduan kerana ianya memberi gambaran kepada graduan bagaimana situasi di alam pekerjaan sebenar.

6. Persediaan Mental Graduan

Graduan perlulah menyediakan mental dan emosi untuk menempuh alam pekerjaan. Graduan yang tidak bersedia dengan alam pekerjaan pastinya akan sentiasa merungut, tidak suka dengan kerja dan sentiasa mudah kalah dengan cabaran ketika bekerja. Oleh itu, graduan hendaklah sentiasa menajamkan persediaan mental meraka, mendapat rehat yang cukup dan sentiasa bersedia bahawa dunia pekerjaan amatlah mencabar.

7 Persediaan Graduan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan Pada Masa Kini

7. Bijak Menetapkan keutamaan

Dalam alam pekerjaan, ada kalanya anda akan menerima beberapa arahan atau kerja yang perlu disiapkan dalam masa tertentu. Oleh itu, anda haruslah bijak menetapkan keutamaan anda antara kerja mana yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak menetapkan prioriti, nescaya anda tidak akan memiliki masa yang mencukupi untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan oleh majikan anda.

7 Persediaan Graduan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan Pada Masa Kini

Persediaan kemahiran di atas, cukup untuk menggambarkan bahawa alam kerjaya adalah dunia yang serius. Ia memerlukan kesungguhan dan komited dalam menyiapkan tugasan. Walaupun begitu, janganlah melihat ia sebagai tekanan atau perkara yang membebankan, sebaliknya anggaplah ia cabaran untuk mematangkan diri dan mempersiapkan anda ke fasa yang lebih jauh dalam hidup anda.

 

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *