Sekiranya anda ingin menukar alamat dalam kad pengenalan anda, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan perlu anda penuhi sebelum alamat yang ada pada kad pengenalan anda ditukarkan dengan alamat yang terkini.
Malah, anda juga perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan agar permohonan anda diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta anda juga akan dikenakan bayaran untuk proses pertukaran alaman mengikut kategori.
Teruskan membaca perkongsian ini untuk mendapatkan syarat permohonan serta maklumat yang berkaitan pertukaran alamat pada kad pengenalan anda.
Baca juga: Bawa Kad Pengenalan Atau Didenda Polis Sehingga RM20,000
SYARAT PERMOHONAN PERTUKARAN ALAMAT DALAM KAD PENGENALAN
Syarat permohonan pertukaran alamat dalam kad pengenalan adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
- Borang Pertukaran Alamat (di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
- Mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja, pejabat, organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.
- Pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjaga.
- Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa kad pengenalan serta dokumen sokongan (asal) yang diperlukan.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN PERTUKARAN ALAMAT DALAM KAD PENGENALAN
Untuk membuat pertukaran alamat dalam kad pengenalan, anda perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
- Bil elektrik
- Bil air
- Bil pembentungan
- Bil utiliti
- Cukai pintu
- Cukai taksiran
- Borang taksiran cukai pendapatan
- Perjanjian jual beli rumah
- Perjanjian atau resit sewa rumah
- Dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya.
BAYARAN PROSES PERMOHONAN PERTUKARAN ALAMAT
Bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut:
Warganegara
- RM10.00: Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru.
Bukan Warganegara
- RM40.00: Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru.
Baca juga: JPN EServices: Permohonan Perkhidmatan JPN Secara Online. Semak Cara Permohonan Disini
PERATURAN 15, PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN NEGARA 1990 (PINDAAN 2001)
Mengikut Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001):
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pertukaran alamat dalamkad pengenalan, sila hubungi JPN di:
- Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. - Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288