Unit Zakat Dan Kebajikan Universiti Teknologi Malaysia telah membuka permohonan bantuan khas yuran pengajian kepada pelajarnya untuk pelbagai peringkat pengajian.
Pelajar yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan digalakkan untuk membuat permohonan.
Anda boleh mengikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Khas Yuran Pengajian.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan ini diberikan dengan jumlah maksimum bantuan kepada setiap pelajar adalah RM1,000 sahaja.
TEMPOH PERMOHONAN
Tempoh permohonan bagiĀ Bantuan Khas Yuran Pengajian ni dibuka sehingga 17 September 2020.
PERINGKAT PENGAJIAN
Bantuan Khas Yuran Pengajian ini terbuka kepada peringkat pengajian berikut:
- Peringkat Sijil.
- Peringkat Diploma.
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
- Dipertimbangkan Juga Kepada Pelajar PhD dan Master Sepenuh Masa.
SYARAT PERMOHONAN
Antara syarat permohonan bagi mengemukakan permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Warganera Malaysia (Beragama Islam).
- Anak kelahiran Johor dan menetap dalam negeri Johor.
- Bermastautin di dalam negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
- Membuat kursus pengajian di UTM secara sepenuh masa.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan:
- Salinan kad pengenalan pelajar.
- Surat tunggakan yuran pengajian pelajar.
- Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan keluarga yang telah disahkan oleh pentadbiran UTM.
- Pengesahan dari ketua kampung sebagai bukti pemastautin.
CARA MEMOHON
Bagi pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukan permohonan di pautan di bawah sebelum 17 September 2020.
PERMOHONAN BANTUAN KHAS YURAN PENGAJIAN UTM
Anda diminta untuk memuat naik dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan bantuan ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh menghubungi Unit Zakat & Kebajikan UTM di talian 07- 55 37508/ 07 – 55 37510.
Selamat Memohon!