Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan Geran Sepadan sehingga RM10,000 kepada pendeposit SSPN-i.
Namun, Geran Sepadan SSPN-i ini akan diberikan kepada pendeposit mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan.
Apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN untuk permohonan Geran Sepadan SSPN-i RM10,000? Semak disini ya!
APA ITU GERAN SEPADAN SSPN-i?
Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang.
Mulai 1 Januari 2015, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
JUMLAH GERAN SEPADAN SSPN-i
Jumlah geran sepadan yang akan diberikan kepada pendeposit yang layakn adalah sebanyak:
- RM10,000
SYARAT PERMOHONAN GERAN SEPADAN
Syarat untuk permohonan Geran Sepadan yang telah ditetapkan oleh PTPTN oleh setiap pendoposit SSPN-i ialah:
- Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluarga
- Pendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00.
- Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian geran sepadan.
- Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
- Tuntutan Geran Sepadan mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima manfaat.
CARA MOHON & DOKUMEN SOKONGAN GERAN SEPADAN
Pemohon juga perlu menyediakan dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan Geran Sepadan SSPN-i RM10,000:
- Hadir ke cawangan PTPTN yang berdekatan dengan anda dengan membawa bersama dokumen sokongan yang telah. ditetapkan.
- Nyatakan kepada pegawai PTPTN untuk membuat permohonan Geran Sepadan.
- Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan;
- Salinan Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Surat Akuan Berkanun penerima manfaat;
- Salinan MyKad pasangan/ Sijil Kematian/ Surat Cerai;
- Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;
- Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/ Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)
- Sekiranya penerima manfaat mendapat pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen (4) dan (5) tidak diperlukan.
Baca juga: Apa Itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Berapa Jumlahnya? Semak Jumlahnya Disini
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Geran Sepadan SSPN-i RM10,000 sila hubungi Careline PTPTN:
- 03-2193 3000