Daftar iSuri KWSP: Bantuan Suri Rumah, Balu & Ibu Tunggal

Berita gembira buat golongan suri rumah kerana kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk membantu golongan golongan Ketua Isi Rumah (KIR), golongan ibu tunggal, wanita bujang, dan balu yang telah mendaftar dengan sistem e-Kasih membuat caruman KWSP untuk diri mereka.

Untuk makluman anda, pihak kerajaan akan menyumbang sebanyak RM 40.00 sebulan kepada para pencarum dan ahli i-SURI hanya perlu mencarum RM 5.00 sebulan pada peringkat pertama fasa pelaksanaan.

Mari ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan kebajikan untuk suri rumah ini.

KEISTIMEWAAN i-SURI

Berikut adalah manfaat yang akan diterima oleh ahli i-suri yang berdaftar:

  • Dividen tahunan
  • Bantuan hilang upaya
  • Pelepasan cukai
  • Bantuan khairat kematian
  • Pengeluaran simpanan KWSP pada umur 50, 55 serta 60 tahun tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan untuk membuat permohonan i-suri adalah seperti berikut:

  • Memiliki kewarganegaraan Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 60 tahun.
  • Berdaftar di dalam sistem e-Kasih sehingga 30 Jun 2018.
  • Merupakan isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
  • Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita yang terdiri daripada jandai/bercerai bujang atau balu.

CARA PEMBAYARAN KWSP

Terdapat tiga cara yang boleh dipilih oleh ahli i-suri untuk membuat caruman di KWSP, antaranya:

  • Pembayaran secara tunai atau cek boleh dibuat melalui kaunter peresitan KWSP.
  • Pembayaran secara tunai atau cek boleh dibuat melalui kaunter panel bank KWSP (RHB Bank, Maybank, Bank Simpanan Nasional dan Public Bank)
  • Pembayaran boleh dibuat melalui pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik (Public Bank dan Maybank)

CARA MEMOHON

Bagi individu yang layak dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda dikehendaki untuk hadir ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan dengan kawasan anda dengan membawa dokumen berikut:

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mengenai i-suri, anda boleh layari laman web rasmi www.kwsp.gov.my atau boleh terus menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan ditalian 03-8922 6000.

Daftar iSuri KWSP: Bantuan Suri Rumah, Balu & Ibu Tunggal

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *