Permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Terima Pembiayaan RM3,000 Untuk Usahawan Mikro

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Terima Pembiayaan RM3,000 Untuk Usahawan Mikro

Berita gembira buat usahawan mikro di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil langkah strategik melalui penyediaan peruntukan khas keusahawanan yang berjumlah RM6 juta bagi tahun 2020. Objektif utama penubuhan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan berskala Mikro berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini.

Selain itu, diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan Mikro ini melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya. TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi membuat permohonan TUNS:

  • Warganegara Malaysia;
  • Perniagaan hendaklah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) / Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) / Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh;
  • Perniagaan beroperasi DAN beralamat di Negeri Sembilan;
  • Perniagaan memenuhi definisi Mikro; (Jualan tahunan kurang RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang – Sumber : SME Corp. Malaysia)
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa;

MAKLUMAT ASAS PEMBIAYAAN

Antara maklumat atas bagi pembiayaan mikro TUNS adalah seperti berikut:

  • Penyaluran pembiayaan adalah secara geran berjumlah RM3,000.00 bagi setiap pemohon. Komponen pembiayaan yang boleh dipohon:
    1.  Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan
    2. Khidmat Rundingan Pembangunan Produk
    3. Promosi dan Pemasaran
    4. Pembelian Bahan Mentah
    5. Modal Kerja
  • Bagi tujuan pembekalan butiran pembiayaan (1), (2) dan (3), pemohon perlu mengemukakan satu (1) sebut harga.
  • Had maksima untuk butiran pembiayaan (4) dan (5) adalah berjumlah RM1,000 dari jumlah keseluruhan.
  • Pembiayaan bagi tujuan Modal Kerja dan Bahan Mentah dibuat secara pembayaran balik (reimbursement). Pembiayaan Modal Kerja meliputi sewaan premis serta bil utiliti perniagaan.
  • Keutamaan pembekalan diberikan kepada pembekal atau penyedia perkhidmatan berkaitan di kalangan usahawan Negeri Sembilan atau yang berdaftar dengan PKNNS.

JENIS PERNIAGAAN

Antara jenis perniagaan yang layak membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Kesihatan
  • Telekomunikasi & ICT
  • Automotif
  • Kecantikan
  • Pelancongan
  • Makanan
  • Pertanian / Penternakan / Perikanan
  • Francais
  • Perkhidmatan
  • Pembinaan
  • Pemborongan
  • Peruncitan
  • Tekstil
  • Kraftangan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan TUNS:

  • Salinan Kad Pengenalan
    • Milik pemohon dan jelas.
    • Telah disahkan oleh Pegawai yang layak.(Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JPKKP)
  • Gambar Pemohon Berukuran Passport
  • Salinan Lesen Perniagaan
    • Atas nama pemohon atau nama rakan kongsi pemohon.
    • Masih sah tempoh.
  • Salinan Perakuan Pendaftaran SSM
    • Muka hadapan
    • Maklumat Perniagaan
    • Maklumat Pemilik
    • Sah tempoh.
    • Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan.
    • Perniagaan yang bukan Pemilikan Tunggal perlu disertakan dengan surat persetujuan rakan kongsi.
    • setiap helaian telah disahkan oleh Pegawai yang layak. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JPKKP)
    • Permohonan mestilah berkaitan dengan kod bidang yang didaftarkan pada SSM
  • Salinan Penyata Kewangan / Akaun Bank
    • Penyata akaun perniagaan / syarikat pemohon atau akaun simpanan pemohon.
    • Akaun mestilah milik pemohon dan mempunyai transaksi aktif yang membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
    • Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online(Printscreen daripada’ transaction history’ adalah tidak diterima).
    • Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
    • Tempoh penyata hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
  • Gambar Perniagaan
    • Gambar yang membuktikan perniagaan yang dipohon beroperasi.
    • Gambar hadapan premis.
    • Gambar perniagaan yang sedang beroperasi.
    • Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara online hendaklah memberikan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan.
  • Salinan Perjanjian Sewa
    • Masih sah tempoh.
    • Terpakai untuk permohonan yang melibatkan modal kerja (Bil & Sewa). Perlu disertakan bersama resit asal bayaran sewa dan bil.
    • Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran pemilik tanah jika tanah bukan milik pemohon.
  • Bil Utiliti / Resit Pembayaran
    • Resit Asal (tahun semasa) perlu diserahkan sebagai bukti perbelanjaan untuk tujuan modal kerja dan bahan mentah.
    • Resit hendaklah berkaitan dengan permohonan.
  • Sebut Harga
    • Sebutharga Asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama / nama perniagaan pemohon.
    • Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model / spesifikasi, kuantiti dan harga (bagi tujuan semakan).
    • Nama Pembekal serta maklumat pembekal mestilah lengkap. Keutamaan adalah pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal adalah dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/justifikasi pemilihan pembekal tersebut.
    • Barang / peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan. (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu)
    • Stok jualan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.
    • Renovasi adalah tidak termasuk dalam pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan.

CARA MEMOHON

Bagi individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan di pautan yang telah di sediakan di bawah:

PERMOHONAN TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN (TUNS)

Pemohon perlulan melengkapkan maklumat diri yang diminta untuk menyemak kelayakan anda. Jika anda layak, anda diminta untuk mengisi ruangan seterusnya bagi mengemukakan permohonan anda. Muat naik dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan anda.

Sekiranya  anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh terus menghubungi talian di bawah:

  • Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
    PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
    70100 Seremban, Negeri Sembilan
  • Telefon : 06-761 6871
  • Faks : 06-762 6291
  • Hotline : 019-752 3251
  • E-mel : [email protected]

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *