Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan bantuan bersasar yang diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Antaranya golongan B40 di mana pendapatan seisi rumuah mereka tidak melebihi daripada RM3860. Selain itu,golongan miskin yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM900 seisi rumah. Bantuan ini diberikan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan ini menampung kos sara hidup kehidupan mereka,
Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH).
SYARAT KELAYAKAN BSH 2020
Berikut adalah syarat kelayakan bagi BSH 2020:
-
ISI RUMAH
- Pemohon
- Jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah (pemohon & pasangan) RM4,000 dan ke bawah
- Pasangan
- Warganegara Malaysia
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
- Anak
- Warganegara Malaysia
- Status anak: Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) ; atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
- Had Umur:
- 17 tahun dan ke bawah; atau
- 18 tahun dan ke atas (pelajar sepenuh masa)
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan
- Pemohon
-
BUJANG
- Warganegara Malaysia.
- Bujang atau ibu atau bapa tunggal /balu/janda/duda tidak mempunyai anak atau mempunyai anak yang tidak menepati syarat kelayakan.
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun dan ke atas
- Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
- Had Umur:
- 40 tahun hingga 59 tahun atau
- 18 tahun dan ke atas bagi Orang Kurang Upaya (OKU)
KADAR BAYARAN
FASA 1
- Isi rumah RM2000 ke bawah – RM1000
- Isi rumah RM2001 – RM3000 – RM750
- Isi rumah RM3001 – RM4000 – RM500
- Bujang pendapatan kurang daripada RM2,000 – RM300
- Bujang OKU pendapatan kurang daripada RM2,000 – RM300
FASA 2
- Isi rumah RM2000 ke bawah – RM200
- Isi rumah RM2001 – RM3000 – RM200
- Isi rumah RM3001 – RM4000 – RM200
- Bujang pendapatan kurang daripada RM2,000 – Tiada
- Bujang OKU pendapatan kurang daripada RM2,000 – Tiada
FASA 3
- Isi rumah RM2000 ke bawah – RM500 + RM120/anak + RM100
- Isi rumah RM2001 – RM3000 – RM250 + RM120/anak + RM100
- Isi rumah RM3001 – RM4000 – RM120/anak + RM100
- Bujang pendapatan kurang daripada RM2,000 – RM300 + RM100
- Bujang OKU pendapatan kurang daripada RM2,000 – RM300 + RM100
*Kadar tambahan bagi golongan B40 – RM120/anak bawah 18 tahun.
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan:
- Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Pasangan
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
- Anak:
- Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
CARA MEMOHON
Terdapat 2 jenis cara untuk memohon iaitu:
- Secara manual di kaunter
Anda boleh kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan ke LHDNM yang berhampiran dengan mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BSH 2020 (BK-18) yang boleh diperolehi di Cawangan LHDNM atau muat turun di Portal BSH. Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Penyerahan dokumen berkenaan sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Borang permohonan BSH boleh dihantar ke kaunter-kaunter berikut:
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
- Pejabat Daerah / Pejabat Residen
- Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor
- Secara atas talian
Permohonan boleh dilakukan di laman web rasmi BSH. Anda perlu melengkapkan maklumat yang diminta untuk membuat permohonan. Seterusnya, muat naik dokumen sokongan yang diminta supaya permohonan anda dapat proses diproses. Pastikan anda mengklik butang simpan dan hantar.
Semoga perkongsian ini akan dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Bagi individu yang menenuhi syarat kelayakan anda boleh mengemukakan permohonan apabila dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Bantuan Sara Hidup.