Terdapat beberapa kod yang dinyatakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sekiranya permohonan anda berstatus gagal atau tidak lulus BSH. Anda boleh menyemak kod tidak lulus BSH anda dan tindakan yang perlu dilakukan untuk membuat rayuan permohonan anda nanti.
Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kod tidak lulus BSH anda.
PERMOHONAN RAYUAN BSH
Berikut adalah pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BSH 2020 adalah:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BSH 2020; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus BSH 2020 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak dan perubahan pendapatan sahaja.
KOD TIDAK LULUS BSH
Berikut adalah kod tidak lulus BSH 2020 dan dokumen sokongan yang perlu disediakan untuk membuat rayuan:
Kod 01
Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan.
Dokumen Sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah
MyKAD Pemohon.
Kod 02
Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Dokumen Sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah
MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan
Kod 03
Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Dokumen sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. MyKAD / MyKID Anak; dan
ii. Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)
Kod 04
Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Dokumen Sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. MyKAD / MyKID Anak; dan
ii. Sijil Lahir Anak / Sijil Daftar Anak Angkat (bagi pengesahan hubungan pertalian)
Kod 05
Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang.
Dokumen Sokongan –
- Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF); atau
- Jika tidak wujud, dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
- Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Kod 06
Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa.
Dokumen Sokongan – Dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi
tahun 2019.
Kod 07
Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000.
Dokumen Sokongan –
- Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
- Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Kod 08
Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000 termasuk perniagaan.
Dokumen Sokongan –
- Semakan pendapatan dan perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
- Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 30 Jun 2020.
Kod 09
Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,000.
Dokumen Sokongan –
- Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan.
- Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Kod 10
Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi.
Dokumen Sokongan –
- Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan.
- Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Kod 11
Pemohon / Pasangan memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian.
Dokumen Sokongan –
Permohonan dipertimbangkan sekiranya pemohon dan pasangan memiliki perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian yang sama.
i. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
- Sijil Pendaftaran Perniagaan; atau
- Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 30 Jun 2020.
Kod 12
Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad.
Dokumen Sokongan – Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara
terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Kod 13
Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad.
Dokumen Sokongan – Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara
terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Kod 14
Pemohon memiliki Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian.
Dokumen Sokongan – Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Kod 15
Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan pemohon/ pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah(B40).
Dokumen Sokongan –
Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
- Dokumen penukaran hak milik Kenderaan; atau
- Dokumen penjualan / Pelupusan Kenderaan
Kod 16
Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan.
Dokumen Sokongan -Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah
Dokumen Pengenalan Pasangan.
Kod 17
Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan.
Dokumen Sokongan -Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
- Dokumen Pindah Milik / Penjualan Rumah / Cukai Tanah / Cukai Pintu
- Perjanjian sewa bagi yang mempunyai rumah sewa.
Kod 18
Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain.
Dokumen Sokongan –
- Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2020.
- Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
- Status Kahwin
a) MyKAD Pemohon; dan
b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban). - Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah
Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan)
- Status Kahwin
Kod 19
Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain.
Dokumen Sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah
Sijil Lahir Pemohon.
Kod 20
Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lain.
Dokumen Sokongan –
- Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2020.
- Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
- Status Kahwin
a) MyKAD Pemohon; dan
b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah
Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban) - Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah
Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)
- Status Kahwin
Kod 21
Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lain.

Kod 22
Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain.
Dokumen Sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah
Sijil Lahir Pasangan.
Kod 23
Anak telah membuat permohonan lain.
Dokumen Sokongan – Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan bagi tambahan RM120.
Kod 24
Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain.
Dokumen Sokongan – Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan bagi
tambahan RM120.
Kod 26
Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat pasangan.
Dokumen Sokongan –
- Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2020.
- Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
- Status Kahwin
a) MyKAD Pemohon; dan
b) MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan
c) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
- Status Kahwin
Kod 28
Status Perkahwinan perlu pengesahan
Dokumen Sokongan –
- Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2020.
- Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
- Status Kahwin
a) MyKAD Pemohon; dan
b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
- Status Kahwin
Kod 29
Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan.
Dokumen Sokongan –
- Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2020.
- Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
- Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah
Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)
- Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Kod 30
Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan.
Dokumen Sokongan –
- Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
- Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
- Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; dan
- Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan); atau
- Sijil Perkahwinan (Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia)
- Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Kod 31
Pasangan meninggal dunia.
Dokumen Sokongan –
- Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Sijil Kematian Pasangan; dan
ii. Sijil Lahir Anak (Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia wujud dalam sijil lahir)
Kod 32
Anak meninggal dunia.
Dokumen Sokongan – Anak berkenan Tidak layak dipertimbangkan bagi tambahan RM120.
Kod 33
Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian.
Dokumen Sokongan
Pemohon perlu hadir sendiri ke LHDNM dan membuktikan menetap di Malaysia dalam tempoh sehingga 30 Jun 2020 kecuali kategori Warga Emas pertimbangan akan terus diambil oleh LHDNM tanpa pembuktian menetap di
Malaysia
- Penyata KWSP pemohon bagi tahun 2019 (jika terdapat potongan satu bulan dalam tahun 2019, boleh dipertimbangkan); atau
- Penyata Pendapatan Tahunan pemohon (EA / EC) tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Majikan di Malaysia.
Kod 34
Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi.
Dokumen Sokongan –
- Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia
- Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Kod 35
Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000 dalam tahun 2019.
Dokumen Sokongan –
- Tidak perlu sebarang pembuktian Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah.
- Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Kod 36
Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi.
Dokumen Sokongan –
- Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pendapatan anak
- Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Kod-kod di atas merupakan kod yang telah diberikan oleh pihak LHDNM. Anda boleh membuat semakan bagi permohonan yang tidak lulus. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi talian 03-8882 4564 dan 03 – 8882 4566. Anda juga boleh emelkan pertanyaan anda di [email protected].