[Lengkap] Syarat Kelayakan Mohon BPN Bujang Golongan B40 Dan M40

[Lengkap] Syarat Kelayakan Mohon BPN Bujang Golongan B40 Dan M40

Pada 23 September 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada golongan bujang dari kumpulan B40 dan M40.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat kelayakan mendapatkan BPN bujang 2.0 ini.

KATEGORI BUJANG

Berikut adalah kategori bujang bagi BPN 2.0:

  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda/ duda  yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
  • Pendapatan bujang adalah RM2,000 dan ke bawah bagi B40.
  • Pendapatan bujang adalah RM2,001 – RM4000 bagi M40.

KADAR BAYARAN

Kadar bayaran bagi Bantuan Prihatin Nasional bagi kategori bujang adalah seperti berikut:

  • Bujang B40 – RM500
    • Fasa pertama – RM350
    • Fasa kedua – RM150
  • Bujang M40 – RM300
    • Fasa pertama – RM200
    • Fasa kedua – RM100

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:

  • Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
  • Fasa Kedua – Januari 2021

PERMOHONAN BAHARU

Permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0 dibuat mulai 15 Oktober2020. Tetapi sekiranya anda merupakan penerima bayaran akhir 2020 sebelum anda tidak perlu mengemukakan permohonan baharu semula.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh mengunjungi mana-mana kaunter LHDNM yang berada berdekatan dengan kawasan anda.

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *