Cara Mohon Inapan Kasih Sayang Zakat Pulau Pinang. 3 Kaedah Penghantaran Borang Ada Disini

Zakat Pulau Pinang telah membuka pendaftaran kepada golongan asnaf untuk mendaftarkan diri ke asrama Inapan Kasih Sayang Zakat Pulau Pinang.

Inapan Kasih Sayang  ZPP ini juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk anak-anak asnaf Pulau Pinang seperti kelas tuisyen, kelas KAFA dan sebagainya.

Apa yang perlu dibuat untuk mendaftarkan diri di asrama Inapan Kasih Sayang Zakat Pulau Pinang? Dapatkan maklumat untuk pendaftaran Inapan Kasih Sayang disini dan daftar sebelum terlambat!

APA ITU INAPAN KASIH SAYANG ZAKAT PULAU PINANG?

Inapan Kasih Sayang telah mula dibuka secara rasminya pada sesi persekolahan 2012 kepada pelajar-pelajar darjah empat, lima dan enam dengan pengambilan pertama (first batch) seramai 86 orang dengan 52 orang pelajar perempuan dan 34 orang pelajar lelaki. Semua penghuni asrama ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Kepala Batas.

Inapan Kasih Sayang ditubuhkan bagi membantu anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang lengkap dan sempurna dari sekolah sehingga ke asrama melalui:

  • Pembiayaan yuran
  • Bantuan pakaian seragam sekolah
  • Kemudahan kelas tuisyen
  • Kelas agama
  • Perpustakaan mini
  • Bilik komputer dan sebagainya

Baca juga: [BKM 2022] Bantuan Orang Bujang Bermula RM350 Hingga RM600. Siapa Kata Tak Ada!

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN INAPAN KASIH SAYANG ZPP

Apa pula syarat kelayakan permohonan Inapan Kasih Sayang Zakat Pulau Pinang?

Syarat kelayakan permohonan adalah:

  • Terbuka kepada anak-anak asnaf fakir/miskin seluruh Pulau Pinang.
  • Pendapatan waris di bawah RM1,600 sebulan.
  • Mempunyai sekurang-sekurangnya 2 orang tanggungan bersekolah.
  • Pelajar Tahun 3 dan 4 Sesi 2021 di Sekolah Kebangsaan.
  • Menguasai kemahiran membaca, mengeja, menulis dan mengira dengan baik.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 bagi Pentaksiran Bilik Darjah untuk semua matapelajaran.
  • Sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit kronik, alahan makanan, kudis dan masalah mental.
  • Berkemampuan untuk mengurus diri sendiri dengan baik.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Terdapat pelbagai jenis kemudahan yang disediakan kepada anak-anak asnaf di Inapan Kasih Sayang iaitu:

  • Kelas Al-Quran
  • Kelas KAFA
  • Kelas Tuisyen
  • Wang Saku
  • Program Tahunan
  • Bas Sekolah
  • Dobi Pakaian

Syukur! Banyak betul kemudahan disediakan untuk anak-anak asnaf di Inapan Kasih Sayang ZPP ya.

3 KAEDAH PENGHANTARAN BORANG

Terdapat 3 jenis kaedah untuk menghantar borang permohonan. Tetapi, sebelum itu anda perlu memuat turun borang permohonan di laman rasmi Zakat Pulau Pinang iaitu:

  • https://www.zakatpenang.com/zpp/
  • Lengkapkan permohonan anda dengan maklumat yang betul dan tepat.
  • Pastikan permohonan anda disertakan bersama salinan dokumen berikut: Sijil Lahir Pelajar, Slip Gaji atau Surat Akuan atau Pengesahan Pendapatan Waris, Surat Cerai/Sijil Kematian Ibu Bapa (Jika ada) dan Salinan Slip Keputusan Pentaksiran Terkini (Jika ada)

Cara Mohon Inapan Kasih Sayang Zakat Pulau Pinang. 3 Kaedah Penghantaran Borang Ada Disini

Kemudian, anda boleh menghantar borang permohonan melalui salah satu daripada 3 kaedah berikut:

  1. Kod QR
  2. Pos
  3. Pandu lalu

Cara Mohon Inapan Kasih Sayang Zakat Pulau Pinang. 3 Kaedah Penghantaran Borang Ada Disini

Mohon segera sebelum tarikh tutup permohonan pada:

  • 30 November 2021/Selasa

Baca juga: 2 Cara Daftar 5 Program Pembangunan Asnaf Zakat Selangor. Percuma, Tak Perlu Bayar Apa-Apa!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan Inapan Kasih Sayang Zakat Pulau Pinang, sila hubungi:

  • 04-575 0490/017-401 2328

By zeo