Kadang-kadang rasa malas nak keluar beli tiket bas atau feri atas faktor masa yang singkat dan jarak perjalanan yang agak jauh.
Tapi kalau nak beli atau tempah tiket bas atau feri untuk perjalanan seterusnya, apakah alternatif lain yang boleh digunakan?
Jangan risau! Guna sahaja aplikasi Grab untuk membuat tempahan tiket dan pembelian tiket bas serta feri anda. Jadi, tak payah dah keluar untuk beli tiket di kaunter lagi dah!
SOP MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM
Jika anda hendak menggunakan pengangkutan awam untuk ke satu-satu destinasi, pastikan anda mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Apakah SOP yang ditetapkan untuk menggunakan pengangkutan awam? Antara SOP yang perlu anda patuhi ialah:
- Memakai pelitup muka
- Lengkap 2 dos vaksin
- Menunjukkan sijil vaksin digital melalui aplikasi MySejahtera
- Kerap mencuci tangan menggunakan hand sanitizer
- Digalakkan membuat Ujian Kendiri Covid-19 sebelum dan selepas membuat perjalanan rentas negeri
Baca juga: Mudah Lagi Beli Tiket Tren ETS, KTM Antarabandar & KTM Komuter Guna KITS. Selamat & Cepat!
CARA GUNA GRAB INTERCITY
Macam mana nak guna aplikasi Grab untuk tempahan dan pembelian tiket bas serta feri?
Untuk membuat tempahan atau pembelian tiket bas dan feri, anda boleh gunakan Grab Intercity seperti yang dikongsikan ini:
- Buka aplikasi Grab terlebih dahulu.
- Kemudian pada bahagian Transport, pilih Intercity.
- Seterusnya klik Bus atau Ferry.
- Masukkan maklumat seperti Lokasi Bertolak/Depart From dan Destinasi Tiba/Travel To.
- Kemudian masukkan pula tarikh bertolak dan pulang serta jumlah penumpang dewasa atau kanak-kana jika ada.
- Buat pilihan waktu yang tertera, pilih kerusi dan buat pembayaran setelah anda membuat semakan.
Mudah kan! Pilihan ditangan anda. Manfaatkan segala teknologi yang ada kerana ia menjimatkan masa anda.
Baca juga: Tahu Tak? Kad Touch ‘N Go Luput Selepas 10 Tahun & Ini Cara Refund Baki