Secure2u Gantikan TAC Untuk Urusan Maybank2u. Lebih Selamat, Lebih Efisien

Terdapat pelbagai penambahbaikan yang dilakukan oleh Maybank untuk menjaga data pelanggan mereka daripada bocor dan dimanipulasikan oleh orang lain.

Walaupun terdapat pelbagai jenis cara untuk menjaga keselamatan data pelanggan, Maybank bakal mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dengan menggunakan Secure2u.

Apa itu Secure2u dan bagaimanakah untuk menggunakannya? Teruskan bacaan anda dan boleh tetapkan setting untuk menggunakan Secure2u jika membuat sebarang urusan menggunakan Maybank2u.

INFO SECURE2U MAYBANK2U

Baru-baru ini, Maybank telah mengumumkan platform Maybank2u bakal dipertingkatkan dengan ciri keselamatan Secure2u.

Penambahbaikan ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan membabitkan beberapa transaksi terpilih.

Untuk pengetahuan anda juga, transaksi yang bernilai RM1,000 dan ke atas akan berkuatkuasa bermula:

  • 9 November 2021

Manakala semua jenis transaksi tambah nilai prabayar pula berkuatkuasa sepenuhnya pada:

  • 16 November 2021

CARA TETAPKAN NOTIFICATION SECURE2U

Nak setting notification Secure2u? Anda boleh setting notificattion Secure2u di handphone termasuk aplikasi MAE dan Maybank2u seperti berikut:

Secure2u Gantikan TAC Untuk Urusan Maybank2u. Lebih Selamat, Lebih Efisien

 

Secure2u Gantikan TAC Untuk Urusan Maybank2u. Lebih Selamat, Lebih Efisien

Kemudian, untuk sahkan transaksi, klik pada notifikasi, semak dan klik Approve

Secure2u Gantikan TAC Untuk Urusan Maybank2u. Lebih Selamat, Lebih Efisien

Namun, anda juga diingatkan untuk tidak log masuk serentak ke aplikasi Maybank2u atau MAE.

Secure2u Gantikan TAC Untuk Urusan Maybank2u. Lebih Selamat, Lebih Efisien

CARA BATALKAN SECURE2U

Jika anda tidakmahu menggunakan Secure2u, anda boleh buat pembatalan menerusi laman web Maybank2u.

Cara-cara membatalkan Secure2u ialah:

  1. Log masuk dan pergi ke bahagian Settings
  2. Pergi ke bahagian Security dan klik Secure2u
  3. Tarik ikon dan leretkan untuk batalkan Secure2u

Secure2u Gantikan TAC Untuk Urusan Maybank2u. Lebih Selamat, Lebih Efisien

Nota: Tetapkan password telefon pintar masing-masing untuk tingkatkan tahap keselamatan penggunaan Maybank2u atau aplikasi MAE sekiranya didapati telefon hilang.

APA PERLU DILAKUKAN JIKA HANDPHONE HILANG?

Kalau handphone hilang, apa yang perlu anda buat?

Laporkan kepada khidmat pelanggan tempatan di:

  • 1-300-88-6688 atau 603-78443696 untuk luar negara

Jika anda mengesyaki pihak lain telah mengakses telefon pintar tanpa kebenaran, hubungi Fraud Hotline 03-58914744 untuk membatalkan urusan perbankan dalam talian.

Baca juga: Cara Menabung Emas Dengan Maybank. RM10 Dah Boleh Beli Emas 0.040g!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Secure2u pada Maybank2u dan MAE, sila layari :

By zeo