Check Semula, Resume Anda Ada 4 Ciri Ini Tak? Kalau Tak Ada, Tolong Update Ya!

Resume sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam proses permohonan kerja pada masa kini.

Bagi anda yang memohon kerja dengan syarikat swasta terutamanya, menyiapkan resume yang baik sangat penting kerana HR dan bakal majikan anda menjadikan resume sebagai satu ukuran untuk mengambil anda sebagai pekerja baru mereka.

Selepas ini, check resume anda. Adakah ia mempunyai 5 ciri yang dikongsikan ini atau tidak? Jika tidak ada, lakukan sesuatu iaitu update segera resume anda.

3 HINT JELAS MENUNJUKKAN ANDA GAGAL DALAM TEMUDUGA

Rasa dah puas hati semasa temuduga tadi sebab dah all-out dan buat sehabis baik. Tetapi berdasarkan 3 hint yang dikongsikan ini, rasanya macam tak ada harapan dah nak dapatkan kerja tersebut.

Apakah 3 hint yang menunjukkan anda dah gagal interview? Tengok disini ya!

SESI INTERVIEW SINGKAT

  • Interview yang dijalankan sekejap sangat dan penemuduga akan mengeluarkan kata-kata seperti berikut: “Terima kasih ikuti temuduga ini dan kami akan hubungi anda nanti.”

SOALAN TIDAK TERJANGKA

  • Soalan ini memang tidak terjangka malah mengejutkan anda nanti. Apakah soalan tersebut?
  • Soalan yang menunjukkan bahawa anda bakal di reject ialah, “Awak rasa, awak layak ke untuk memegang jawatan ini?”
  • Pastikan anda menjawab soalan ini dengan tenang dan jangan emosi ya! Nyatakan kelebihan dan pengalaman yang anda ada walaupun nanti keputusannya mengecewakan. Mana tahu ditawarkan jawatan yang lain pula.

BERI NASIHAT

  • Tiba-tiba panel penemuduga berkata, “Boleh saya beri nasihat kepada awak? Boleh buat penambahbaikan selepas ini.”
  • Mungkin diisini penemuduga telah nampak beberapa kelemahan anda seperti tiada persediaan untuk menghadapi temuduga pada hari tersebut.
  • Terima nasihat dengan berlapang dada dan buat penambahbaikan untuk temuduga lain pada masa akan datang.

4 CIRI RESUME TERBAIK

Sekarang ini sila tengok resume anda dan check! Adakah resume anda mempunai 4 ciri-ciri yang dikongsikan ini atau tidak.

Apakah 4 ciri-ciri resume yang terbaik yang menjadikan anda adalah calon pilihan majikan pada masa kini?

Gambar

  • Pastikan anda tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
  • Gambar yang jelas dengan background biru atau putih
  • Jangan mengiring sehingga wajah tidak jelas
  • Jangan guna filter dengan berlebihan sehingga wajah nampak diedit sehingga keterlaluan.
  • Gunakan gambar yang lebih profesional kerana anda sedang memohon pekerjaan ya!

FONT

  • Gunakan 1 font tulisan sahaja.
  • Jangan campurkan font dalam resume anda, nanti pening HR dan bakal majikan nak baca.
  • Gunakan warna hitam sahaja untuk setiap perkataan dalam resume.

BAHAGIAN PELAJARAN

  • Pada bahagian pelajaran/pendidikan letakkan pendidikan bermula pada sekolah menengah dan ke atas sahaja.
  • Masukkan pendidikan semasa SPM, STPM, SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER & PHD jika ada dan berkaitan dengan jawatan sahaja.
  • Tak perlu masukkan pendidikan bermula taska, tadika, pra sekolah dan sekolah rendah kerana ia tidak penting pada majikan anda.

KEMAHIRAN & PENGALAMAN

  • Ada pemohon kerja yang menyenaraikan semua kemahiran dan pengalaman yang ada walaupun ianya tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  • Selepas ini, hadkan dengan meletakkan kemahiran dan pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja.
  • Ia membuatkan HR dan bakal majikan lebih memberikan fokus kepada kemahiran dan pengalaman yang berhubungkait dengan jawatan yang ditawarkan sahaja.

Resume anda ada 4 ciri resume terbaik ini tak? Kalau ada, tahniah diucapkan!

Selain itu, anda juga boleh update resume anda berdasarkan panduan berikut:

Check Semula, Resume Anda Ada 4 Ciri Ini Tak? Kalau Tak Ada, Tolong Update Ya!

Jangan lupa share dengan rakan-rakan yang lain info bermanfaat ini ya!

By zeo