Cara Mohon Bantuan Baik Pulih & Bina Baru Rumah Sayangi Rumahku Yayasan Perak

Untuk memastikan warga negeri Perak berada dalam kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang, Yayasan Perak mempelawa orang ramai untuk memohon bantuan Sayangi Rumahku.

Ini kerana semua golongan rakyat berhak untuk mendiami kediaman yang lengkap dengan kemudahan asas dan ia menyasarkan golongan miskin dan miskin tegar.

Dapatkan syarat permohonan dan cara permohonan disini.

2 KATEGORI SAYANGI RUMAHKU YAYASAN PERAK

Terdapat 2 jenis kategori bantuan Sayangi Rumahku Yayasan Perak iaitu:

1. Baik Pulih

  • Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk,kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.

2. Bina Baru Rumah

  • Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur,tidak selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki.
  • Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga (3) iaitu Bina Baru 1 Bilik, Bina Baru 2 Bilik dan Bina Baru 3 Bilik.

Bina Baru 1 Bilik

Cara Mohon Bantuan Baik Pulih & Bina Baru Rumah Sayangi Rumahku Yayasan Perak

Bina Baru 2 Bilik

Cara Mohon Bantuan Baik Pulih & Bina Baru Rumah Sayangi Rumahku Yayasan Perak

Bina Baru 3 Bilik

Cara Mohon Bantuan Baik Pulih & Bina Baru Rumah Sayangi Rumahku Yayasan Perak

Baca juga: Rumah IKRAM KPKT Dengan Kadar Sewa RM124 Sebulan Sahaja & Ini Syarat Permohonannya

SYARAT PERMOHONAN SAYANGI RUMAHKU

Dapatkan dahulu syarat permohonan Sayangi Rumahku seperti yang ditetapkan Yayasan Perak seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia dan berkahwin.
  • Pemohon mestilah berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.
  • Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu/Ketua Kampung.
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki. (Bagi permohonan Bina Baru)
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  • Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

CARA MOHON

Anda boleh dapatkan borang permohonan dipautan ini:

Atau dapatkan borang permohonan di:

  • Pejabat Yayasan Perak
  • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  • Pejabat Daerah/Pejabat Penghulu

Kemudian lengkapkan permohonan anda dengan mengemukakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan/waris dan tanggungan.
  • Penyata pendapatan pemohon.
  • Penyata pendapatan pasangan/waris.
  • Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.

Ingat! Jangan lupa bawa semua dokumen ini ketika kemukakan permohonan nanti. Khuatir nanti permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.

Baca juga: Update: Cara Mohon PPRT Untuk Bantuan Baik Pulih Atau Bina Baru Rumah Secara Atas Talian. Semak Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan Bina Rumah dan Bina Baru Rumah Sayangi Rumahku, sila dapatkan di Yayasan Perak melalui saluran berikut:

By zeo