Ujian Kendiri Covid-19. Laporkan Keputusan Ujian Melalui MySejahtera Je!

Orang ramai sangat alert dengan apa yang telah berlaku dan masing-masing bertanggungjawab dengan melakukan Ujian Kendiri Covid-19 sebelum balik kampung, melancong atau ke mana-mana.

Apabila telah melakukan Ujian Kendiri Covid-19 dan menapat keputusan, apa yang perlu dilakukan?

Jangan diam-diam kalau positif ya! Sebaliknya anda perlu membuat laporan keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera ye! Kalau tak puas hati dengan keputusan dari RTK Antigen tu, boleh hadir ke mana-mana klinik berdekatan untuk keputusan yang lebih meyakinkan.

8 LANGKAH MEMBUAT LAPORAN KEPUTUSAN UJIAN KENDIRI COVID-19

Mudah sahaja! Cuma terdapat 8 langkah penting sahaja untuk anda membuat laporan keputusan Ujian Kendiri Covid-19 menggunakan RTK Antigen.

8 langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:

  1. Buka aplikasi Mysejahtera
  2. Pilih “Ujian Kendiri COVID-19”
  3. Pilih “Kemas Kini Keputusan Ujian Kendiri”
  4. Isikan butiran (Nombor Telefon, Nama & Emel)
  5. Isikan butiran alamat anda
  6. Pilih tempat kit ujian kendiri diperolehi
  7. Pilih jenis sampel anda
  8. Pilih keputusan ujian anda dan hantar

Mana nak dapatkan kit Ujian Kendiri Covid-19 ni? Anda boleh dapatkan di kedai serbaneka seperti 7 Eleven, Speedmart dan KK Mart dengan harga RM6.90 sahaja. Pastinya ia mendapat kelulusan MDA!

Kalau anda nak lebih faham cara-cara membuat laporan, rujuk infografik yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti dibawah:

Ujian Kendiri Covid-19. Laporkan Keputusan Ujian Melalui MySejahtera Je!

SEMAKAN SEMULA PROTOKOL BAGI KES & KONTAK RAPAT COVID-19

Apa yang anda perlu lakukan jika disahkan positif, kontak rapat yang telah lengkap vaksin dan kontak rapat yang belum lengkap/tiada vaksinasi?

Anda perlu:

  • Jika anda disahkan positif, kuarantin diri selama 10 hari dan tidak perlu ulang ujian.
  • Jika anda kontak rapat yang telah lengkap vaksinasi, kuarantin diri selama 7 hari dan ulangi ujian pada hari kelima.
  • Jika anda kontak rapat yang belum lengkap vaksinasi / tiada vaksinasi, kuarantin diri selama 10 hari dan ulangi ujian pada hari kelapan.

Ujian Kendiri Covid-19. Laporkan Keputusan Ujian Melalui MySejahtera Je!

Selepas ini anda boleh hebahkan kepada rakan yang kerana info yang dikongsikan ini sangat berguna kepada kita semua.

Jaga diri, jaga jarak dan kita jaga kita!

SUMBER

By zeo