Bayaran Bantuan JKM Bulan Disember 2021 Diawalkan! Bila Pula Tarikh Bayaran Bantuan Januari 2022?

Selain daripada bayaran GKP Fasa 2 dan BKC Fasa 2, orang ramai terutamanya bagi penerima Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) juga bakal menerima bayaran untuk Disember 2021 lebih awal daripada tarikh asal.

Makluman daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Facebook Rasmi, para penerima bantuan bulanan JKM bagi bulan Disember 2021 akan dikreditkan awal ke bulan November ini.

Jika begitu, bila pula bantuan bulanan JKM bagi bulan Januari 2022?

SENARAI KATEGORI SKIM BANTUAN BULANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Berikut adalah senarai kategori skim bantuan yang disalurkan kepada penerima secara bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : RM150 – RM1,000
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC) : RM450
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) : RM300
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) : RM500
  • Bantuan Orang Tua (BOT) : RM500
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM100
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM250 – RM500
  • Bantuan Latihan Perantis (BAP) : RM200

Baca juga: JKM: Cara Daftar, Semakan Dan Kemaskini 11 Skim Bantuan Secara Online

CARA MOHON BANTUAN BULANAN JKM

Dapatkan cara untuk mohon serta syarat kelayakan di pautan berikut:

CARA DAFTAR & KEMASKINI BANTUAN JKM

TARIKH BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM DISEMBER 2021

Bantuan Bulanan JKM bagi bulan Disember 2021 akan diawalkan tarikh bayaran mulai:

  • 25 November 2021 hingga 30 November 2021

Jadual asal Bantuan Bulanan JKM adalah seperti berikut:

Jadual Pembayaran Bantuan Bulanan JKM 2021. Save Jadual Ini

Jadual Pembayaran Bantuan Bulanan JKM 2021. Save Jadual Ini

Baca juga: Jadual Pembayaran Bantuan Bulanan JKM 2021. Ini Cara Membuat Semakan Bayaran

TARIKH BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM JANUARI 2022

Namun, bayaran bagi bulan Januari 2022 pula akan dikreditkan ke mengikut tarikh asal yang ditetapkan oleh JKM iaitu pada:

  • 1 Januari hingga 10 Januari 2022

Bayaran Bantuan JKM Bulan Disember 2021 Diawalkan! Bila Pula Tarikh Bayaran Bantuan Januari 2022?

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh berhubung dengan bantuan JKM, sila hubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat di saluran berikut:

    • Jabatan Kebajikan Masyarakat
      Aras 6, 9-18
      No 55, Persiaran Perdana,
      Presint 4,
      62100 Putrajaya
    • Telefon : 03 – 8000 8000
    • Faks : 03 – 8323 2045
    • Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

By zeo