Insentif RM1,000 Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik. Download Borang Disini

Anak-anak pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipelawa untuk memohon Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik.

Jika lulus permohonan, anak-anak pesara yang ingin menyambung pengajian di Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik, mereka akan menerima insentif sebanyak RM1,000.

Muat turun borang permohonan Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik disini dan buat permohonan setelah faham syarat kelayakan yang ditetapkan.

JUMLAH INSENTIF BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM/IPTS TERPILIH/POLITEKNIK

Jumlah insentif yang akan diterima oleh pelajar sekiranya lulus permohonan, adalah sebanyak:

  • RM1,000

Insentif ini juga turut dipanjangkan bagi kemasukan bagi program matrikulasi dan Asasi Sains.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan untuk Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik terbahagi kepada dua.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

SYARAT UMUM

  • Veteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian.

SYARAT KHUSUS

  • Dihadkan kepada semua IPTA di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi dan IPTS terpilih sahaja.
  • Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  • Permohonan hedaklah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun pertama kemasukan / pendaftaran ke IPTA/ IPTS terpilih.
  • Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada diperingkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  • Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke IPTA/ IPTS terpilih.
  • Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  • Semua kursus pengajian professional TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  • Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK.
    (Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran)
  • Pembayaran bantuan hendaklah menggunakan akaun peribadi individu yang diluluskan sahaja. Akaun bersama adalah tidak dibenarkan.
  • Nama pemohon mestilah mengikut ejaan di kad pengenalan pemohon. Sekiranya nama pada akaun bank berbeza dengan kad pengenalan, pemohon hendaklah mengemaskini nama di bank terlebih dahulu. (Rujukan: Pekeliling SPANM Bil. 7 Tahun 2018: Garis Panduan Tatacara Pegurusan Bayaran).

CARA MOHON INSENTIF BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM/IPTS TERPILIH/POLITEKNIK

Muat turun borang permohonan terlebih dahulu melalui pautan berikut:

Anda juga boleh membuat semakan senarai IPTS di sini dan pastikan IPTS anda berada dalam senarai yang layak untuk memohon Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik.

Insentif RM1,000 Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik. Download Borang Disini

Baca juga: Veteran ATM Tidak Berpencen, Daftar Dengan JHEV Untuk Dapat BKK RM350

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik sila dapatkan di:

  • 03-2697 6600/03-2050 8000

By zeo