Penemuduga Pun Boleh Tersinggung Dengan 6 Sikap Ini Semasa Temuduga. Jangan Buat Tau!

Berharap sangat lepas temuduga dapat jawapan yang positif iaitu apabila buka email, jawapan yang diberikan adalah, “Sukacita anda dipanggil untuk melapor diri di Jabatan pada tarikh berikut.”

Tapi jangan bermimpi nak dapat email begitu kalau anda ada buat salah satu daripada 6 sikap yang membuatkan penemuduga tersinggung dengan kata-kata anda.

Tak sedar apa yang dicakap? Cuba check disini, ada tak anda tersebut ketika menjawab soalan-soalan dari penemuduga tempoh hari?

6 SIKAP BUAT PENEMUDUGA TERSINGGUNG

Apakah 6 sikap calon ketika proses temuduga sehingga membuatkan penemuduga tersinggung dan bosan dengan anda?

Nak tahu? Inilah 6 sikap tersebut:

1. Perkara Tidak Berkaitan

  • Calon suka sangat cakap perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh penemuduga.
  • Melalut dan tiada point disitu.

2. Tak Fokus

  • Panel penemuduga lain tanya, panel yang difokus oleh calon.
  • Kemudian tanya soalan berkali-kali tetapi jawapan yang diberikan pula tak seperti yang dimahukan.

3. Mengelak Untuk Menjawab

  • Mungkin calon tak tahu nak jawab soalan yang diajukan oleh penemuduga.
  • Daripada cakap tak tahu, calon alihkan perhatian penemuduga pula dengan bercakap mengenai perkara yang lain.

4. Pandang Rendah Pengetahuan Panel Penemuduga

  • Tahu la anda bijak pandai, tetapi jangan memandang rendah dengan pengetahuan panel penemuduga.
  • Nampak ego dan meninggi diri juga tak elok untuk anda amalkan ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh mereka. Kadangkala, panel penemuduga sengaja buat-buat tak tahu sebab nak uji anda.

5. Guna Nama-Nama Orang Berpangkat

  • Panel penemuduga memang tak suka sangat kalau anda menyebut-nyebut nama orang yang berpangkat semasa sesi temuduga dijalankan.
  • Anda nak pakai kabel besar ke?
  • Penemuduga tak impress pun kalau anda sebut-sebut nama VVIP tu kalau mereka tak nampak yang anda ni layak untuk menjawat jawatan tersebut!

6. Mencabar Panel Penemuduga

  • Tiba-tiba anda yang berikan soalan yang rumit dan berbentuk kepada panel penemuduga.
  • Ia seolah-olah mencabar kewibawaan mereka pula. Sepatutnya soalan begitu mereka soal kepada calon.

Ada tak anda buat salah satu daripada sikap yang dikongsikan di atas? Syukur kalau tak ada! Kalau ada buat, lepas ini jangan buat lagi tau.

DIUJI SEMASA TEMUDUGA, LAKUKAN INI YA!

Panel penemuduga suka uji calon tau! Kalau rasa nak dapatkan juga jawatan yang anda mohon, amalkan tips-tips ini ya.

  • Sedari bahawa panel penemuduga sedang menguji anda.
  • Jawab setiap pertanyaan dengan jelas dan lantang, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan.
  • Ketepikan sikap ego anda, rendah diri semasa ditemuduga.
  • Tenangkan diri sebelum menjawab soalan.
  • Senyumlah walau pun ianya sekadar sebuah lakonan, ikhlaskan senyuman anda.
  • Buktikan kepada panel penemuduga bahawa anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon.

Apa jadi sekalipun, jawab soalan dengan tenang, ambil masa dan jawab soalan dengan perlahan-lahan. Yang penting hormati panel penemuduga ya!

Baca juga: Mungkin 4 Soalan Sensitif Ini Ditanya Semasa Interview. Contoh Jawapan Ada Disini

Penemuduga Pun Boleh Tersinggung Dengan 6 Sikap Ini Semasa Temuduga. Jangan Buat Tau!

By zeo