Yang sentiasa menjadi igauan ngeri setiap orang adalah, kematian mengejut salah seorang pasangan dan ia melibatkan kewangan iaitu loan kereta, rumah dan sebagainya.
Apa yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan sekiranya berlaku perkara seperti ini?
Anda semua tak perlu panik sebaliknya ambil tahu kelebihan Autolife Insurance yang sangat bermanfaat untuk anda dan pasangan anda.
APA ITU AUTOLIFE INSURANCE?
Bagi yang tertanya-tanya apakah itu Autolife Insurance, ia adalah:
- Satu bentuk insurans yang melindungi pemilik kereta jika berlakunya kematian.
- Pemegang polisi bayar secara one time fee sahaja.
- Kereta tersebut akan menjadi percuma untuk waris mangsa dan waris tidak perlu membayar ansuran setiap bulan lagi sekiranya pemegang polisi mengalami kemalangan dan meninggal dunia.
- Autolife insurans adalah tambahan insurans dimana pemegang polisi boleh memilih untuk menambah atau tidak sekali seumur hidup sahaja. Autolife insurans boleh diambil semasa membeli kereta baru dan ia diuruskan oleh pihak bank yang pemegang polisi buat pinjaman kereta tersebut.
HARGA BAYARAN AUTOLIFE INSURANS
Harga bayaran untuk Autolife Insurans adalah berdasarkan:
- Umur pembeli (Pemegang polisi)
- Baki pinjaman
- Tempoh masa pinjaman
Ia dibayar satu kali sahaja dan pengiraan dibuat oleh pihak bank semasa anda membuat pembelian kenderaan anda.
CARA MOHON AUTOLIFE INSURANS
Anda boleh membuat Autolife Insurans seperti berikut:
Kereta Baru
- Untuk kereta baru, anda minta pihak bank untuk buatkan Autolife Insurance siap-siap.
- Kadangkala pihak bank sendiri yang akan menjelaskan kepada anda mengenai Autolife Insurance ini.
Kereta Sudah 2 Tahun
- Anda boleh membuat Autolife Insurance semasa menghidupkan insurans am dan cukai jalan di bank pemegang polisi yang membuat loan kereta anda.
Mungkin ada daripada anda yang masih lagi belum tahu mengenai Autolife Insurance ini dan kalau kereta yang anda beli baru berusia 2 tahun, boleh la buat semakan. Kalau belum ada Autolife, boleh beli mulai sekarang. Minta pihak bank buat pengiraan untuk anda.
Juga diingatkan kepada anda, walaupun Autolife Insurance tidak memberi manfaat buat pemegang polisi, sekurang-kurangnya ia tidak membebankan waris untuk menanggung hutang loan bank yang masih berbaki.
Anda juga boleh dapatkan penjelasan mengenai Auotolife Insurans melalui perkongsian daripada Azril Zainal ini.
@azril_zainal Reply to @mike_gabriel88 kesimpulannya ambil laa Insuran AutoLife/HP Life tu 👌
♬ original sound – Azril Zainal Khiri – AZRIL ZAINAL KHIRI