Tahukah anda bahawa Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mempelawa individu dan usahawan Bumiputera untuk memohon Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 2.0 (SPUR 2.0).
Ia sangat untuk anda sekiranya anda memerlukan bantuan ini untuk memulakan perniagaan demi kelangsungan hidup selepas pandemik Covid-19.
Seterusnya dapatkan cara-cara membuat permohonan disini dan buat permohonan sekiranya anda benar-benar layak.
INFO RINGKAS SPUR 2.0 PUNB
Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 2.0 atau SPUR 2.0 adalah:
- Sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh PUNB pada 7 Mei 2021 dalam usaha membantu individu Bumiputera yang ingin dan telah menceburi bidang perniagaan akibat kehilangan pekerjaan ekoran penularan wabak Covid-19.
Jumlah pembiayaan yang akan diterima oleh usahawan adalah sehingga:
- RM100,000
Manakala tempoh pembiayaan pula seperti berikut:
- Sehingga 5.5 tahun (termasuk 6 bulan moratorium)
KELEBIHAN PEMBIAYAAN SPUR 2.0 PUNB
Kelebihan pembiayaan SPUR 2.0 PUNB adalah seperti berikut:
- Latihan dan kursus pembangunan usahawan.
- Sewaan hartanah PUNB pada kadar yang kompetitif.
- Ibra’ atau rebat pembiayaan sehingga 50% (tertakluk kepada terma dan syarat).
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon pembiayaan SPUR 2.0 PUNB ialah:
Usahawan
- Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat COVID-19.
- Berumur di antara 18 hingga 55 tahun.
- Pemilik atau pemegang saham utama syarikat/perniagaan.
- Perlu mengikut format permohonan yang telah ditetapkan di portal SPUR.
Perniagaan
- Ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi.
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
- Dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera.
- Entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad.
- Perniagaan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan.
- Tidak bercanggah dengan prinsip Syariah.
- Keutamaan diberikan kepada yang telah mula menjalankan perniagaan.
Namun, tidak semua sektor-sektor perniagaan akan dibiayai oleh SPUR 2.0. Sektor yang dibiayai oleh SPUR 2.0 ialah:
- Perniagaan dalam bidang peruncitan.
- Sistem dan automasi.
- Kesihatan.
- Hospitaliti.
- Penggerak perniagaan (pembangunan perisian, logistik, penggudangan & perkhidmatan penghantaran).
- Kreatif (kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus – kaligrafi, animasi – infografik, hiasan dalaman dan fesyen).
Sektor yang tidak dibiayai pula:
- Pertanian dan perlombongan.
- Perumahan dan hartanah (aktiviti perniagaan melibatkan kerja-kerja pembinaan).
- Kewangan (pembiayaan dan pajakan sama ada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang).
CARA MOHON
Untuk memohoan SPUR 2.0, apa yang anda perlu lakukan ialah:
- Klik https://www.punbbiz.com.my/spur2 dan klik Daftar Sekarang.
- Muat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian setelah berjaya membuat pendaftaran.
- PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, e-mel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan dan proses seterusnya.
Kemudian lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen-dokumen berikut:
Untuk permohonan
1. Perniagaan yang telah beroperasi
- Surat/bukti pemberhentian kerja beserta pengesahan penerimaan surat (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020).
- Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan mengikut format yang telah ditetapkan).
- Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”).
- Gambar berukuran pasport pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (kemas dan berkolar bagi lelaki).
- Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan terkini.
- Pendaftaran syarikat: Enterprise – Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP)) – Sendirian Berhad – Borang 9, 24, 44, 49, 32A, M&A atau Seksyen 17, 78, 46(3), 58, (Sdn. Bhd.), 105, Perlembagaan atau yang setara.
2. Baru ingin memulakan perniagaan
- Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”).
- Surat/bukti pemberhentian kerja beserta pengesahan penerimaan surat (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020).
3. Video syarikat dan perniagaan (pemohon hanya perlu sediakan pautan). Spesifikasi video adalah seperti berikut:
- Video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Sumber pautan dari YouTube (video haruslah terus kekal berada di YouTube sehingga keputusan permohonan pembiayaan diperolehi).
Durasi maksimum video selama 3 minit. - Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat.
- Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan.
- Keistimewaan produk atau perkhidmatan.
- Video haruslah kreatif dan menarik.
Untuk penyaluran pembiayaan
- Sijil Perniagaan SSM/Sijil Profesional.
- Invois sebut harga.
- Penyata akaun bank – bukti nombor akaun syarikat/perniagaan.
- Surat Kebenaran Akad.
- Surat Akujanji.
- Notis Pengeluaran.
- Resolusi Lembaga Pengarah (Sendirian Berhad) – penerimaan kemudahan pembiayaan.
- Surat Persetujuan Penerimaan Pembiayaan (LLP).
- Data Perlindungan Peribadi (PDP2).
Baca juga: 10 Senarai Pinjaman Perniagaan Usahawan PKS & Bumiputera 2021
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 2.0, SPUR 2.0 PUNB, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di saluran berikut:
- 1300 13 7862
- E-mel: [email protected]