Waris-waris peneroka FELDA perlu mengambil tahu beberapa bentuk bantuan yang diberikan oleh FELDA kepada mereka.
Antara bantuan yang ada dan diperuntukkan untuk para peneroka adalah Skim Khairat Kematian dengan belanja pengurusan jenazah sebanyak RM3,000.
Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Skim Khairat Kematian FELDA seperti yang dikongsikan ini.
INFO RINGKAS KHAIRAT KEMATIAN FELDA
Skim ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010 sebagai salah satu aktiviti kebajikan yang disumbangkan oleh FELDA kepada peneroka di tanah rancangan. Tujuan skim ini adalah sebagai bantuan menguruskan jenazah dan mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung oleh waris.
JUMLAH BAYARAN KHAIRAT KEMATIAN FELDA
Pengurus Rancangan yang memberikan belanja pengurusan jenazah secara serta merta kepada waris dengan bayaran sebanyak:
- RM3,000
Manakala bayaran khairat kematian pula adalah sebanyak:
- RM7,000
CARA MOHON BAYARAN KHAIRAT KEMATIAN
Waris yang ingin mohon khairat kematian FELDA pula adalah seperti berikut:
- Permohonan bayaran khairat kematian RM7,000 perlu diuruskan oleh waris dalam tempoh satu minggu dari tarikh kematian menggunakan Borang Tuntutan Khairat Kematian Peneroka yang boleh diperolehi di Pejabat Rancangan.
- Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pengurus Rancangan untuk dimajukan kepada Pengurus Besar Wilayah dan kelulusan bayaran oleh Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat FELDA.
- Bayaran RM7,000 akan dipertimbangkan kelulusannya oleh FELDA setelah kematian peneroka diperakui oleh Pengurus Rancangan dan disahkan oleh Pengurus Besar Wilayah melalui borang PKKP.
- Ibu Pejabat FELDA akan mengeluarkan surat kelulusan bayaran kepada Pengurus Rancangan untuk dibuat bayaran kepada waris.
11 JENIS KHAIRAT KEMATIAN
Terdapat 11 jenis khiarat kematian yang ada di Malaysia seperti berikut:
- Khairat Kematian ASB
- Khairat Kematian KWSP
- Khairat Kematian PERKESO
- Khairat Kematian Pembayar Zakat
- Khairat Kematian Masjid
- Khairat Kematian Takaful
- Khairat Kematian Pencen
- Khairat Kematian Bank Rakyat
- Khairat Kematian BSH/BPN
- Khairat Kematian Ahli RELA
- Khairat Kematian Penjawat Awam (JPA)
Untuk maklumat yang lebih lengkap, sila dapatkan disini ya!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda inginkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Khairat Kematian FELDA sila dapatkan di:
Atau:
- Kunjungi pejabat FELDA yang terdekat dengan anda.