Sediakan 4 Benda Ini Kalau Anda Nak Buat Wasiat Perwarisan Harta

Sebagai orang Islam, anda semua perlu sedar dan ambil tahu mengenai Faraid atau pembahagian harta kepada waris yang ditinggalkan.

Bagi anda yang belum tahu, wasiat, hibah dan waqaf adalah antara perkara yang ada dalam perancangan harta pusaka.

Sayangnya, ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk menyediakan dokumen pewarisan harta yang lengkap. Jika anda nak buat wasiat harta sendiri kepada waris yang ditinggalkan, lakukan 4 perkara ini ya!

APA ITU WASIAT?

Wasiat sebenarnya adalah:

  • Ikrar atau pengakuan seseorang untuk menyempurnakan pengagihan harta selepas kematian kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka.
  • Kadar harta yang boleh diwasiatkan adalah sebanyak satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan. Manakala, dua pertiga daripada harta pewasiat adalah merupakan hak ahli waris untuk dibahagikan secara faraid.

4 PERKARA PERLU SEDIAKAN UNTUK BUAT WASIAT

Ingat, perwarisan harta atau wasiat perlu dilakukan dengan teliti dan sediakan dokumen yang diperlukan agar ianya valid.

Dokumen yang anda perlu sediakan ialah:

1. Senarai Segala Aset & Liabiliti Semasa

  • Apa yang anda perlu lakukan ialah, buat senarai semua aset dan hutang (liabiliti) yang anda miliki sekarang.
  • Simpan semua dokumen-dokumen berkaitan dalam satu fail khas. Labelkan fail tersebut untuk memudahkan waris mencarinya setelah anda tiada nanti.
  • Buat simpanan dalam bentuk softcopy dan hardcopy ya.
  • Anda boleh gunakan Google Doc, Google Sheet, Google Excel untuk senaraikan semua aset dan hutang (liabiliti) yang anda miliki.
  • Simpan dalam bentuk emel dan cetak untuk diletakkan di dalam fail yang anda sediakan.

2. Lantik Wasi/AJK Pusaka

  • Pastikan anda melantik Wasi atau AJK Pusaka untuk menguruskan harta pusaka anda.
  • Siapa boleh jadi wasi/AJK Pusaka? Digalakkan untuk melantik ahli keluarga terdekat yang boleh dipercayai dan amanah untuk menjalankan tanggungjawab ini.
  • Jika tiada wasi dilantik, proses tuntutan harta pusaka akan menjadi lebih panjang serta rumit.

3. Aset Tunai

  • Aset tunai atau dana pantas perlu disediakan agar ianya mudah dituntut oleh waris secara langsung setelah anda meninggal dunia tanpa melalui proses yang rumit.
  • Antara aset tunai atau dana pantas yang tersedia untuk waris adalah:npampasan takaful berpenama, duit KWSP dan Tabung Haji yang telah dihibahkan (berpenama).
  • Dana pantas ini penting untuk memudahkan waris uruskan harta pusaka anda yang lain-lain kerana semua urusan harta pusaka mempunyai bayaran kos yang telah ditentukan.

4. Dokumen Lengkap Bertulis, Bertarikh & Mempunyai Saksi

  • Tiada wasiat cakap mulut sahaja ya! Jadi, sediakan dokumen yang bertulis, bertarikh dan mempunyai saksi.
  • Sekurang-kurangnya tiada pertikaian daripada waris setelah anda meninggal dunia nanti.
  • Malah, ia memudahkan wasi/AJK Pusaka untuk membuat proses urusan harta pusaka kepada waris yang ditinggalkan.

Jika anda tidak pasti dalam hal ini, cari mereka yang lebih pakar dalam hal ini untuk membantu anda merancang perwarisan harta pusaka yang ada.

Mudahkan urusan wasiat harta anda mulai sekarang dan pastinya ia memudahkan semua pihak setelah ketiadaaan anda nanti.

Waris yang kehilangan ahli keluarga dan ingin memohon khairat kematian, boleh dapatkan melalui salah satu senarai khairat kematian seperti berikut:

Sediakan 4 Benda Ini Kalau Anda Nak Buat Wasiat Perwarisan Harta

Selepas ini, bolehlah anda sediakan dokumen-dokumen yang disenaraikan di atas. Kemudian permudahkan segala urusan yang berkaitan dengan anda dan waris-waris yang mungkin akan ditinggalkan nanti.

Semoga ia bermanfaat dan share dengan yang lain ya!

By zeo