Tip Menjawab Soalan Temuduga “Apakah Kelemahan Anda?”

Tip Menjawab Soalan Temuduga "Apakah Kelemahan Anda?"

Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Hal ini kerana terdapat pelbagai persediaan dan persiapan yang perlu dilakukan untuk menghadiri temuduga.

Soalan dengan tiga perkataan itu nampak mudah namun ia penuh dengan helah yang mampu menjerat diri anda sekiranya jawapan diberikan pada akhirnya merosakkan peluang anda mendapat pekerjaan.

Soalan yang dimaksudkan dengan tiga perkataan itu adalah “Apakah kelemahan anda?”

Anda perlu mengetahui cara dan teknik untuk menjawab soalan perangkap daripada panel penemuduga ini.

JAWAPAN TERBAIK UNTUK SOALAN  “APAKAH KELEMAHAN DIRI ANDA?”

Berikut merupakan jawapan terbaik untuk menjawab soalan apakah kelemahan diri anda:

1. Elakkan Memberi Jawapan Tinggi Diri

Elakkan daripada memberitahu bahawa anda tidak mempunyai kelemahan diri dan anda seorang yang sempurna. Jawapan ini akan menunjukkan bahawa anda seorang tinggi diri, sombong dan bermegah-megahan dengan diri anda.

Walaupun anda mementingkan kesempurnaan tetapi anda juga pasti memiliki kelemahan dalam diri anda

2. Tukarkan Jawapan Negatif Kepada Positif

Walaupun anda perlu memberitahu kelemahan diri anda, pastikan anda menggunakan nada yang positif dan yakin. Pastikan anda menyedari akan masalah itu serta cuba menerima dan memperbaikinya. Dengan cara itu juga dapat memberi gambaran kepada bakal majikan bahawa anda bukan seorang yang sombong dan tidak jujur.

3. Elakkan Bercerita Kelemahan Pekerjaan

Setiap majikan pasti tidak mahu jawatan yang akan diberikan mempunyai kelemahan, anda perlu mamastikan bahawa anda tidak menceritakan tentang kelemahan pekerjaan anda yang terdahulu.

Anda boleh memulakan jawapan anda dengan membicarakan tentang tempat anda bermula, membincangkan langkah-langkah yang anda ambil untuk memperbaiki diri anda, dan kemudian sebutkan hasilnya.

4. Ceritakan Penyelesaian Kepada Kelemahan Anda

Anda juga perlu menekankan penyelesaian terhadap kelemahan diri anda agar panel penemuduga atau bakal majikan anda tahu bahawa anda seorang yang komited dan mampu mencari penyelesaian terhadap kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh anda. Ini juga menunjukkan daya anda menyelesaikan masalah anda adalah tinggi.

CONTOH JAWAPAN TERBAIK “APAKAH KELEMAHAN ANDA”

Berikut merupakan contoh-contoh jawapan bagi soalan “Apakah kelemahan anda?”

  • Apabila saya sedang menjalankan projek, saya tidak mahu hanya menemui dan mengejar tarikh akhir. Sebaliknya, saya lebih suka melengkapkan projek dengan lebih baik sebelum ia tiba. Walaupun ini bermakna saya tidak pernah melepaskan tarikh akhir, ia juga bermakna kadang kala saya dapat diri saya bergegas ketika saya bekerja. Saya telah belajar untuk melambatkan, menjadi lebih sabar dan memberi setiap projek perhatian yang sewajarnya.
  • “Saya sangat mementingkan kesempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan walaupun mengambil masa yang lama dan agak panjang.”
  • “Menjawab kepada soalan tuan, apa yang saya dapat lihat pada diri saya adalah, apabila saya mula menumpukan perhatian terhadap sesebuah task, saya dapati sukar untuk saya berhenti, sampai balik rumah pun saya terbayang-bayangkan task tersebut jika ianya tidak dapat disiapkan”.
  • “Saya mengambil kursus kemahiran jualan dalam talian dan bukan hanya memperbaiki cara saya bekerja dengan pasukan jualan. Sekarang, apabila saya menyertai mesyuarat jualan, saya mempunyai idea yang lebih baik tentang apa yang berlaku dan berasa lebih berkesan berkomunikasi dengan pasukan jualan. Kursus ini juga membantu saya membina kemahiran yang saya gunakan untuk ‘menjual’ visi saya untuk produk secara dalaman. “
  • “Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja last minute yang sangat menyakitkan.”

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk membuat persediaan dan persiapan menghadiri temuduga yang akan datang.

Selamat Maju Jaya!

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *