Miliki Rumah Sendiri Melalui Jauhar Prihatin Capai Matlamat “1 Keluarga 1 Rumah”

Miliki Rumah Sendiri Melalui Jauhar Prihatin Capai Matlamat "1 Keluarga 1 Rumah"

Rakyat Malaysia yang lahir dan menetap di Johor Darul Takzim, ini peluang anda untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan Johor telah memperkenalkan  JAUHAR PRIHATAN yang merupakan Skim Sewa Beli Hartanah Johor untuk merealisasikan hasrat kerajaan dan rakyat negeri Johor mencapai matlamat ‘1 Keluarga 1 Rumah’.

Juahar Prihatin menyasarkan golongan M40 dan B40 sebagai sasaran utama perlaksanaannya. Skim ini juga menyediakan satu platform untuk golongan ini memiliki rumah mereka sendiri dalam masa kurang daripada 5 tahun.

Jauhar prihatin ini menekankan konsep sewa sambil menabung, membolehkan setiap peserta mampu untuk memiliki unit kediaman sendiri dengan menabung dan mengumpul wang pendahuluan sebelum membeli rumah yang telah ditetapkan harga jualan dari mula menyewa.

Berikut akan dikongsikan maklumat-maklumat yang lebih mendalam tentang Skim Sewa Beli Hartanah Johor.

SYARAT KELAYAKAN SKIM SEWA BELI HARTANAH JOHOR

Berikut merupakan syarat-syarat wajib yang diperlukan untuk membuat permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin) :

  • Keutamaan kepada Rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia dan
    menetap di Negeri Johor lebih dari 10 tahun.
  • Berusia lingkungan 18 – 45 tahun dan berkeluarga atau mempunyai
    tanggungan;
  • Pendapatan kasar isi rumah RM1,500 – 10,000 sebulan (mengikut katogeri
    rumah yang dipohon);
  • Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri / merupakan rumah
    pertama;
  • Pemohon tidak muflis;
  • Pemohon merupakan pengundi di Negeri Johor.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Terdapat dua (2) jenis dokumen yang diperlukan untuk disertakan bersama borang permohonan iaitu:

A) MAKLUMAT DIRI DAN KELUARGA

Antara dokumen yang diperlukan untuk maklumat diri dan keluarga adalah:

  • Salinan Photostat Geran Hakmilik individu
  • Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran pemohon
  • Salinan Photostat Sijil Perkahwinan
  • Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran pasangan
  • Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran anak-anak
  • Bukti alamat kediaman sekarang – (Salinan Bil telefon TM/Unifi, Bil TNB atau
    Bil Air SAJ)

B) MAKLUMAT MENGENAI PENDAPATAN & PEKERJAAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk maklumat pendapatan dan pekerjaan adalah:

  • i) UNTUK PEKERJA YANG BERGAJI
    1. Slip gaji terkini untuk 3 bulan yang telah disahkan oleh majikan
    2. Penyata tahunan EPF
    3. EA Form /EC Form / Borang J
    4. Surat Pengesahan Majikan
    5. Penyata bank gaji terkini untuk 3 bulan
  • UNTUK YANG BEKERJA SENDIRI
    1. Salinan Photostat Kad Pengenalan
    2. Surat SSM (Pendaftaran perniagaan)
    3. Penyata bank terkini untuk 6 bulan jika perniagaan lebih setahun dan Penyata
    bank bagi setiap bulan jika perniagaan kurang dari setahun.

LOKASI YANG DITAWARKAN

Pemohon boleh menyemak senarai unit yang di tawarkan di lokasi-lokasi yang telah di tertentu seperti pautan di bawah:

CARA PERMOHONAN

Bagi individu berminat dan telah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan memuat turun borang permohonan dan lengkapkan. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar bersama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

BORANG PERMOHONAN SKIM SEWA BELI HARTANAH JOHOR

Dokumen boleh dihantar melalui pos atau hadir terus ke pejabat Generasi Takzim Sdn.Bhd seperti alamat di bawah.

  • GENERASI TAKZIM SDN. BHD
    G-07 & 08, Blok 4, Danga Bay, Jalan Skudai,
    80200 Johor Bahru, Johor.
    Tel : +607 235 8377 Faks : +607 235 9377
  • Whatsapp: 010-4078377

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi panduan kepada anda yang ingin membuat permohonan untuk memiliki rumah sendiri melalui inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Johor. Rebutlah peluang hebat ini untuk meringankan bebanan anda dalam membeli rumah atau memiliki rumah sendiri.

Selamat Memohon!

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *