Apabila anda mencapai umur 55 tahun, secara rasminya anda memasuki umur persaraan. Setelah bertahun meningkatkan simpanan persaraan anda, anda kini mempunyai pilihan untuk menguruskan wang persaraan anda, sama ada dengan membuat pengeluaran penuh atau pengeluaran fleksibel.
Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pengeluaran Umur 55 Tahun ini.
PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN
Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.
Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
KELAYAKAN PERMOHONAN
Antara kelayakan untuk membuat permohonan pengeluaran 55 tahun ini adalah:
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Berumur di antara 55 hingga sebelum mencapai umur 60 tahun.
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 55.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pengeluaran:
Dengan Mykad
- Kad Pengenalan pencarum
- Sijil kelahiran/Surat pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di kad pengenalan tidak sama dengan tarikh sebenar
- Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cap ibu jari gagal
Tanpa MyKad
- Muat turun Borang KWSP 9B (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
- Ahli tidak perlu mengisi borang permohanan, hanya perlu menurunkan Cap Ibu Jari (CIJ) di atas ‘Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran’ sebagai bukti permohonan pengeluaran.
- Sekiranya pengeluaran tanpa MyKad, dokumen yang diperlukan adalah:
- Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
- Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
- Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir sebenar
- Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cap ibu jari gagal
KATEGORI PENGELUARAN
Berikut merupakan kategori pengeluaran KWSP:
- Pengeluaran Penuh
- Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bayaran Bulanan
- Pengeluaran Sebahagian
- Bayaran Dividen Tahunan Secara Automatik
- Pengeluaran Bayaran Bulanan
- Bayaran pengeluaran ke IPD yang dilantik
KAEDAH PENGELUARAN
Berikut merupakan kaedah pengeluaran bagi pencarum KWSP:
CARA PERMOHONAN
Berikut merupakan beberapa cara untuk membuat permohonan pengeluaran:
- i-Akaun & i-Akaun (rakan niaga)
- Pemohon perlu mendaftar i-akaun kwsp.
- Daftar nombor telefon bimbit di pejabat KWSP (untuk penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC))
- Lakukan permohonan secara dalam talian.
- Melalui Kaunter KWSP
- Membawa MyKad/Dokumen Pengenalan Diri
- Maklumat Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli
- Mengisi Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL) – untuk bukan pemegang MyKad
- Melalui mel
- Mengisi Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)
- Membawa MyKad/Dokumen Pengenalan Diri (yang disahkan)
- Mengisi Borang KWSP 3 (pindaan)
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh terus ke mana-mana kaunter KWSP yang berhampiran dengan kawasan anda atau emelkan soalan anda di laman web rasmi KWSP . Semoga perkongsian ini dapat membantu individu yang ingin membuat permohonan pengeluaran KWSP ketika berumur 55 tahun.