Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang tidak berupaya membuat pembelian. Rumah Selangorku ditawarkan Skim Sewaan pada kadar bayaran berpatutan dan berkemampuan agar akhirnya mereka dapat membeli kediaman mereka sendiri di Negeri Selangor.
Individu yang berpendapatan rendah dan memerlukan tempat tinggal yang lebih selesa boleh melakukan permohonan Skim Smart Sewa ini.
Anggaran kadar sewaan bermula dari RM600 hingga RM650 sebulan tertakluk kepada harga pasaran sewaan di kawasan berkenaan.
Pemohon boleh mengikuti pekongsian ini untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.
TEMPOH SEWAAN
Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30% daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan. Tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.
BAYARAN DEPOSIT
Berikut adalah bayaran pendahuluan rumah yang bergantung pada kadar sewaan semasa:
- Sewa 2 Bulan
- Sewa Semasa (1 Bulan)
- Caj Utiliti
- Lain2 caj
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd:
- Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
- Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
- Pendapatan seisi keluarga iaitu;
– Tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
– Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah; - Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
- Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Antara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Skim Smart Sewa ini adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai
- Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak
- Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak)
- Penyata Gaji 3 bulan terkini
- Salinan KWSP
- Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
- Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
- Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
- Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
- Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
- Salinan Daftar Undi
LOKASI YANG DITAWARKAN
Individu yang berminat boleh melihat pautan di bawah untuk mengetahui lokasi-lokasi yang ditawarkan untuk Skim Smart Sewa ini:
Kadar sewaan dan unit rumah yang ditawarkan adalah berbeza mengikut lokasi Skim Smart Sewa yang telah ditetapkan.
CARA MEMOHON
Bagi individu yang layak serta telah memenuhi syarat kelayakan yang telah anda boleh mengemukakan permohonan dengan memuat turun borang yang telah disediakan di pautan di bawah:
Pemohon juga boleh mengambil borang permohonan Skim Smart Sewa ini di pejabat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd:
Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Pemohon perlulah melengkapkan borang permohonan serta menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bersama-sama dengan borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke alamat emel [email protected], Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dipohon atau pejabat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd di alamat berikut:
Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, pemohon boleh mengemukakan pertanyaan anda melalui emel di [email protected] atau boleh menghubungi talian di bawah:
- Pejabat – 03 5524 0233 / 0253 / 019-3330976
- Pn Fatehah – 017-9387537
- En. Shafawi – 011-1302 0487
- Cik Rosha – 011-64244887
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan perumahan dengan kadar sewaan yang rendah untuk anda. Individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan dengan kadar segera.