5 Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Pembelian Rumah Pertama Anda

5 Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Pembelian Rumah Pertama Anda

Impian untuk memiliki rumah sendiri sudah pasti menjadi impian setiap orang. Tetapi, kos untuk memiliki rumah sendiri pastilah tinggi kerana harga pasaran perumahan yang terus meningkat. Kos sara hidup yang tinggi terutama di kawasan bandar besar seperti Lembah Klang.

Pada masa kini, terdapat pelbagai skim-skim kerajaan yang diperkenalkan untuk membantu memiliki rumah sendiri yang disediakan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui tentang skim bantuan kerajaan untuk membantu pembelian rumah pertama.

SKIM PERUMAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN

1. PR1MA

Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda boleh memiliki kediaman di lokasi strategik di seluruh negara.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan umum untuk memiliki rumah PR1MA:

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 – RM15,000 sebulan
  • Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari PR1MA

2. SKIM RUMAH PERTAMAKU

Skim Rumah Pertamaku adalah bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti petani, nelayan dan juga keluarga miskin yang tinggal di rumah usang (daif) atau tidak mempunyai rumah namun mempunyai tanah bagi membina rumah sendiri yang lebih selesa dan sempurna.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi Skim Rumah Pertamaku adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Skim Rumah Pertamaku

3. PERUMAHAN AWAM DBKL

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan Penjualan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Memberi peluang kepada warga kota membeli rumah dengan kos yang rendah di bandar dengan harga bermula RM21,500 hingga RM35,000. Kerajaan amat peka dan prihatin kepada warga kota dan memperkenalkan konsep “Satu Keluarga Satu Rumah”.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi permohonan Perumahan Awam DBKL:

  • Suami dan isteri adalah warganegara Malaysia
  • Telah berkahwin
  • Pendapatan terkumpul suami/isteri hendaklah :
    – tidak melebihi RM3,000.00 untuk Kos Rendah
    – tidak melebihi RM4,000.00 untuk Kos Sederhana.
  • Pemohon hendaklah tinggal atau bekerja di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Tidak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35km dari pusat bandar
  • Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Perumahan Awam DBKL

4. RUMAH IDAMAN (Rumah Mesra Rakyat (RMR)

SPNB Idaman Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk melaksanakan pembangunan Rumah Idaman Rakyat (RIR) secara konsep bercampur dengan harga jualan rumah 60% tidak melebihi RM250,000, 40% tidak melebihi RM350,000 seunit dan harga jualan kedai tidak melebihi RM1,000,000 seunit di atas tanah yang dikurniakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau agensi – agensi kerajaan yang berkaitan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk Skim Rumah Mesra Rakyat:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari Rumah Mesra Rakyat RMR

5. RUMAH MAMPU MILIK PULAU PINANG

Skim Perumahan Mampu Milik Pulau Pinang (PMM) merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha menyediakan perumahan berkualiti pada harga mampu milik untuk Rakyat Pulau Pinang.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Skim Perumahan Mampu Milik Pulau Pinang (PMM):

  •  Warganegara Malaysia

  • Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan

  • Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang

  • Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang

  • Bekerja di Pulau Pinang

  • Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;

  • Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;

  • Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 6,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;

  • Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;

  • Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;

  • Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau

  • Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki rumah berharga di bawah harga Rumah Mampu Milik yang dipohon (dengan syarat pemilikan rumah sebelumnya adalah selepas tahun 2008) adalah LAYAK memohon.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Skim Perumahan Mampu Milik Pulau Pinang (PMM)

Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada anda untuk memiliki rumah pertama anda.

Selamat Maju Jaya

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *