Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 telah diperkenalkan secara terbuka kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) masih lagi beroperasi seperti biasa sehingga tahun 2021.
Mungkin ada yang memikirkan bahawa ianya telah berhenti beroperasi kerana kerajaan telah menggantikan BSH dengan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik.
Baca juga: Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Rujuk Jadual Disini
Saringan kesihatan percuma ini adalah untuk mereka yang layak sahaja dan ia masih dilakukan di semua klinik yang terpilih sahaja di seluluh Malaysia.
Bagi yang belum tahu apa itu PeKa B40, teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan info selanjutnya disini.
INFO RINGKAS PeKa B40
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
- PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
- Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
OBJEKTIF PeKa B40
PeKa B40 bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Inisiatif ini memberi penekanan kepada penyakit tidak berjangkit dan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama sektor awam dan swasta, lebih-lebih lagi di peringkat penjagaan kesihatan primer.
MANFAAT PeKa B40
Manfaat yang yang bakal diperolehi daripada PeKa B40 ialah:
- Saringan Kesihatan
- Bantuan Alat Perubatan
- Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
- Insentif Tambang Pengangkutan
KELAYAKAN MENYERTAI SKIM PeKa B40
Mereka yang layak untuk menyertai PeKa B40 ialah rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:
- Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.
- Berumur 40 tahun dan ke atas.
Anda juga boleh membuat semakan kelayakan di pautan berikut dengan memasukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan klik SEMAK.
JUMLAH BAYARAN MANFAAT PeKa B40
Untuk makluman anda, tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Semua manfaat PeKa B40 diberikan secara percuma.
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA UNTUK MANFAAT PeKa B40
Untuk mendapatkan saringan kesihatan secara percuma serta manfaat PeKa B40 yang lain, anda perlu membawa dokumen berikut:
- Hanya MyKad perlu dibawa.
- Tiada pendaftaran lebih awal diperlukan.
- Tiada bayaran dikenakan.
- Tidak perlu berpuasa.
LOKASI SARINGAN KESIHATAN PeKa B40
Lokasi untuk anda lakukan saringan kesihatan PeKa B40 ialah:
- Mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 dan mempunyai pelekat PeKa B40 di pintu klinik,
- Senarai klinik PeKa B40 boleh dirujuk di sini.
- Kebanyakan klinik kesihatan Kerajaan yang ada doktor bertugas.
SENARAI SARINGAN KESIHATAN YANG DILAKUKAN
Antara saringan kesihatan yang boleh dilakukan melalui Skim PeKa B40 dan ianya adalah PERCUMA seperti berikut:
Pemeriksaan Kesihatan
- Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
- Saringan kesihatan mental
- Pemeriksaan fizikal
- Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
Pemeriksaan Makmal
- Ujian sel darah
- Ujian kawalan gula dalam darah
- Ujian paras kolesterol
- Ujian air kencing
- Ujian fungsi buah pinggang
KATEGORI BANTUAN ALAT PERUBATAN YANG DITAWARKAN
Terdapat 10 jenis kategori Bantuan Alat Perubatan yang ditawarkan berdasarkan pengesahan oleh pakar di Hospital KKM:
- Stent untuk jantung
- Alat sendi tiruan
- Alat bantuan pendengaran
- Perentak jantung
- Prostesis & implan untuk tulang belakang
- Prostesis dan ortosis tulang anggota
- Kanta mata intraokular (untuk pesakit katarak)
- Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
- Bantuan sokongan nutrisi
- Kerusi roda
Had maksima Bantuan Alat Perubatan yang dapat dibiayai oleh PeKa B40 adalah RM20,000. Ianya juga tertakluk kepada julat harga dalam setiap kategori peralatan.
INSENTIF MELENGKAPKAN RAWATAN KANSER
Jumlah insentif adalah sebanyak RM1,000 untuk menggalakkan pesakit melengkapkan rawatan kuratif di Hospital KKM seperti mana saranan doktor yang merawat.
Insentif ini tidak merangkumi rawatan tradisional atau alternatif dan ia akan diberikan dalam dua peringkat iaitu:
- Peringkat pertama: RM300 apabila permohonan diterima daripada Hospital KKM mengikut proses yang ditetapkan dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima seperti mana proses Bantuan Sara Hidup (BSH) juga.
- Peringkat kedua: RM700 setelah penerima manfaat tamat pelan rawatan kanser seperti yang disahkan oleh doktor yang merawat juga akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun.
INSENTIF TAMBANG PENGANGKUTAN
Insentif tambang pengangkutan akan diberikan bagi perjalanan pergi dan balik untuk rawatan kanser dan rawatan untuk menggunakan/ memasukkan alat perubatan di Hospital KKM mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan.
Nilai insentif adalah bergantung kepada jarak rumah pesakit dengan hospital.
Ianya dibayar ke dalam akaun penerima untuk setiap kali perjalanan pergi dan balik hospital/ rumah, sehinggalah had maksimum sebanyak RM500 (Semenanjung) atau RM1000 (Sabah/ Sarawak/ Labuan) bagi setiap penyakit.
Jom dapatkan tarikh bayaran pendahuluan iSinar dan bayaran bulanan melalui iAkuan KWSP sahaja seperti di sini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai PeKa B40 di: