Rakyat Malaysia sudah biasa dengan keadaan banjir di negara dan ia tidak boleh dipandang ringan kerana banjir yang berlaku di Malaysia telah melibatkan kes kehilangan nyawa.
Malah pada hujung tahun juga, musim tengkujuh telah tiba terutamanya di pantai timur Malaysia dan menyebabkan para nelayan tidak dapat melakukan aktiviti menangkap ikan sehingga 2 hingga 3 bulan.
Bagi negeri-negeri yang sering dilanda banjir, bolehlah dapatkan laman web amaran banjir agar dapat membuat persediaan awal agar barang dan dokumen berharga selamat sekiranya berlaku banjir secara tiba-tiba.
MONSUN TIMUR LAUT ATAU MUSIM TENGKUJUH
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah, Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka melanda negara bermula:
- Awal November dan mungkin berakhir bulan Mac 2022 nanti.
“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk. Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.”
CHECK AMARAN BANJIR
Orang ramai yang ingin membuat semakan banjir, hujan dan musim tengkujuh boleh membuat semakan melalui web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
Jika anda ingin membuat semakan melalui web rasmi jabatan, sila klik:
Atau di:
Malah, anda juga boleh membuat semakan cuaca melalui aplikasi berikut:
Baca juga: Dokumen Penting JPJ Rosak / Hilang Akibat Banjir Boleh Diganti Secara Percuma Sahaja
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Orang ramai yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai amaran cuaca terkini, sila hubungi hotline MET Malaysia di saluran berikut:
- 1300 22 1638