Anda Dilarang Melakukan 10 Perkara Ini Semasa Menghadiri Temuduga

10 perkara dilarang

Untuk menghadiri temuduga bukanlah sesuatu yang mudah. Sesetengah calon yang menghadiri temuduga tidak membuat sebarang persediaan ataupun persiapan. Perkara ini mendorong mereka untuk melakukan kesilapan tanpa calon sedar.  Calon yang kekurangan ilmu pengetahuan dan pendedahan tentang teknik menghadiri temuduga merupakan punca graduan universiti atau kolej gagal dalam temuduga.

Bagi mengelakkan calon gagal temuduga, elakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan di bawah.

PERKARA DILARANG KETIKA SESI TEMUDUGA

Berikut merupakan kesalahan yang dilarang ketika anda menghadiri sesi temuduga.

1. Jangan Merokok

Walaupun anda seorang perokok, pastikan anda tidak merokok sebelum atau semasa menghadiri interview. Hal ini kerana bau rokok akan memberi ketidakselesaan kepada orang lain. Bau rokok yang kuat akan memberi pandangan negatif kepada panel penemuduga. Sekiranya penemuduga mengajak anda untuk merokok, pastikan anda menolak dengan baik kerana anda perlu menjaga nafas dan bau badan anda daripada rokok. Penemuduga mungkin ingin menguji anda.

2. Elakkan Memberi Jawapan Yang Terlalu Ringkas

Meskipun soalan yang ditanya oleh penemuduga adalah pendek dan ringkas. Contohnya “Apakah kelemahan anda?'”. Jawapan yang diberikan oleh anda tidak semesti ringkas dan pendek juga. Calon boleh memberitahu kelemahan anda tetapi anda seharusnya anda menekankan apa yang diperolehi oleh anda melalui kelemahan tersebut dan bagaimana anda cuba untuk mengatasi kelemahan diri anda. Jawapan ini akan lebih panjang dan terperinci untuk panel penemuduga.

3. Jangan Membawa Ibu Bapa

Terdapat pengalaman panel penemuduga yang memberitahu bahawa calon membawa ibu bapa masuk ke bilik temuduga. Perkara ini boleh mengelirukan panel penemuduga dan mencetus salah faham antara kedua-dua pihak. Panel penemu duga akan berasa serba salah sekiranya calon gagal dalam temuduga. Selain itu, kedatangan ibu bapa bersama calon akan memberi kesan negatif kepada calon kerana menunjukkan calon tidak matang dan tidak mampu berdikari.

4. Jangan Bertanya Soal Gaji

Soalan mengenai gaji merupakan perkara yang sangat sensitif ketika sesi temuduga dan tidak sepatutnya ditanya. Hal ini kerana soalan ini menunjukkan anda seorang yang tamak dan tidak ikhlas bekerja. Setiap majikan pasti mahukan pekerja yang berkualiti dan tidak hanya mengejar gaji semata-mata. Penemuduga pasti akan berbincang atau mengutarakan soalan mengenai gaji di akhir sesi temuduga.

5. Jangan Menggunakan Bahasa Tidak Sesuai

Sesi temuduga merupakan satu majlis yang formal yang dijalankan untuk mendapatkan calon terbaik. Calon yang menghadiri sesi temuduga perlulah menggunakan bahasa yang formal ketika sesi temuduga dijalankan. Elakkan daripada menggunakan bahasa pasar pasar ataupun dialek negeri anda. Penggunaan bahasa yang tidak formal menunjukkan anda seorang yang tidak profesional ketika sesi temuduga dijalankan. Penggunaan bahasa kesat juga menjadi salah satu punca anda gagal sesi temuduga.

6. Memakai Aksesori Yang Berlebihan

Untuk pengetahuan anda, tidak salah untuk memakai aksesori ketika menghadiri sesi temuduga bagi calon wanita. Tetapi, adalah menjadi kesalahan apabila calon lelaki memakai aksesori seperti gelang atau rantai ketika menghadiri sesi temuduga. Kedua-dua calon hendaklah tidak memakai aksesori yang berlebihan dan mampu mengganggu perhatian panel penemuduga.

7. Tidak Menjaga Tingkah Laku

Ketika sesi temuduga dijalankan, calon perlulah menjaga tingkah laku. Setiap tingkah laku calon akan diperhatikan oleh panel penemuduga dan akan diberikan markah. Pastikan anda tidak menggerakkan kaki, duduk bersilang dan mengunyah gula-gula getah semasa sesi temuduga dijalankan. Tingkah laku yang tidak baik akan memberi kesan kepada markah temuduga anda.

8. Menggunakan Nada Yang Tidak Sepatutnya

Semasa temuduga dijalankan, elakkan menggunakan nada yang rendah, manja, menggoda dan terlalu tinggi. Penggunaan seperti berikut menunjukkan anda tidak mengambil serius sesi temuduga yang dijalankan. Anda hendaklah bercakap menggunakan nada dan intonasi yang sederhana dan yakin. Anda mampu menunjukkan keyakinan anda melalui cara percakapan anda.

9. Elakkan Mencampur Bahasa

Anda dinasihatkan untuk menggunakan satu-satu bahasa sahaja tanpa campur aduk dengan bahasa yang lain. Sekiranya calon ditanya dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahasa Melayu jika Bahasa Inggeris, perlu bersedia untuk menjawab dalam Bahasa Inggeris.

10. Terburu-buru Ketika Ditemuduga

Calon hendaklah tidak terburu-buru ketika ingin memasuki bilik temuduga. Sebagai contoh, ketika dipanggil untuk memasuki bilik temuduga, calon baru hendak menyusun sijil-sijil mengikut urutan yang diminta. Perkara ini menunjukkan anda sorang yang tidak sisematik. Calon dinasihatkan untuk bawa bertenang dan sampai awal ke tempat temuduga agar calon tidak terburu-buru ketika sesi temuduga dijalankan.

Senarai di atas merupakan kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh calon-calon yang menghadiri temuduga. Kesalahan yang calon lakukan mempu memberi menggagalkan anda untuk mendapatkan pekerjaan yang anda inginkan. Oleh itu, calon dinasihatkan untuk tidak melakukan kesalahan yang disenaraikan di atas.

Selamat Maju Jaya!

 

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *