Penampilan anda ketika menghadiri temuduga merupakan sebahagian perkara yang amat penting dalam mendapatkan perkerjaan. Pertama sekali, anda perlulah mengambil hati penemuduga dengan cara berpakaian yang kemas dan menarik.
Sebelum menghadiri sebarang temuduga pastikan anda tidak melakukan kesalahan pemakaian di bawah untuk mengelakkan anda kehilangan pekerjaan yang ditawarkan.
1. Memakai Pakaian Yang Bersinar
Anda perlulah berhati-hati dalam pemilihan pakaian. Warna yang terang dan tidak seimbang dengan pakaian akan memberi kesan kepada penampilan anda. Anda perlulah memakai pakaian yang sesuai dan berwarna cerah untuk menghadiri interview.
2. Memakai Blazer Bersama T-shirt
Anda digalakkan untuk memakai blazer untuk menunjukkan kekemasan personalti anda. Tetapi, pemakaian blazer bersama T-shirt yang berleher bulat atau v amatlah tidak sesuai dikenakan. Pastikan juga anda meletakkan baju anda di dalam seluar (tuck in).
Padankan kemeja dan blazer dengan warna yang bersesuaian.
3. Memakai Wangian Berlebihan
Memakai wangian berlebihan berkemungkinan besar akan menyebabkan orang lain atau panel penemuduga berasa tidak selesa. Sesetengah orang mengalami alahan terhadap wangian yang berlebihan.
Anda boleh memilih wangian cologne untuk dipakai kerana ianya lebih lembut.
4. Tidak Menanggalkan Headphone atau Earphone
Jika anda memilih untuk mendengar muzik atau radio ketika menunggu giliran temuduga, pastikan anda menanggalkan headphone atau earphone sebelum memasuki bilik temuduga. Hal ini kerana, gajet tersebut akan mengganggu konsentrasi dan fokus anda ketika menghadiri temuduga.
5. Terlalu Kasual
Mengenakan T-shirt bersama seluar jeans dan selipar amatlah tidak sesuai untuk menghadiri temuduga. Walau apa pun cuaca pada hari temuduga tersebut pastikan anda memakai pakaian yang menunjukkan anda profesional dan komited dengan temuduga yang dijalankan.
6. Memakai Pakaian Yang Lusuh Dan Buruk
Pastikan anda tidak berkira dengan diri anda untuk membeli pakaian baru untuk menghadiri temuduga. Buatlah sedikit pelaburan untuk masa depan kerjaya anda. Pastikan anda memakai pakaian yang kemas, cantik, bersih dan sesuai untuk menghadiri temuduga.
7. Mengenakan Solekan Yang Berlebihan
Elakkan daripada mengenakan solekan yang berlebihan. Solekan yang berlebihan akan mengganggu fokus panel penemuduga yang akan menemuduga anda.
Pastikan anda mengenakan solekan yang nipis dan sempurna untuk anda.
8. Mencuba Ikatan Tali Leher Yang Baru
Untuk menghadiri temuduga bukanlah masa yang sesuai untuk mencuba ikatan tali leher yang baru. Anda perlulah mengekalkan ikatan tali leher tradisional untuk mengekalkan kekemasan pakaian anda.
Anda juga boleh memakai tali leher segera yang hanya boleh dilekatkan atau berzip untuk kemeja anda.
9. Aksesori Yang Berlebihan
Minimumkan aksesori yang anda akan pakai ketika menghadiri temuduga. Elakkan memakai barang kemas yang terlalu menonjol, anting-anting yang besar atau kaca mata yang besar.
Sebaliknya, pakailah aksesori yang minimun dan sederhana sahaja supaya anda tidak berasa terganggu ketika ditemuduga.
Perkongsian di atas merupakan perkara-perkara yang perlu dielakkan untuk menghadiri temuduga. Anda perlulah memakai pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga yang akan membantu anda mendapatkan perkerjaan yang dimohon.