Tahu tak anda bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menyediakan bantuan Geran Pelancaran (GP) kepada kumpulan sasaran yang layak.
Macam mana nak tahu siapa yang layak menerima bantuan Geran Pelancaran (GP) dari JKM?
Baca sini dan dapatkan syarat kelayakan untuk membuat permohonan bantuan Geran Pelancaran (GP) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat .
INFO RINGKAS GERAN PELANCARAN (GP)
Bagi anda yang belum tahu apa itu bantuan Geran Pelancaran (GP),bantuan ini merupakan:
- Salah satu Skim Bantuan Sekaligus yang disediakan oleh JKM di bawah Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam bentuk tunai untuk kumpulan sasar yang memerlukan.
Bantuan Geran Pelancaran (GP) diadakan dengan bertujuan:
- Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
- Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
JUMLAH BANTUAN GERAN PELANCARAN (GP)
Penerima yang layak akan menerima Bantuan Geran Pelancaran (GP) sebanyak:
- RM2,700 secara one-off.
SYARAT PERMOHONAN GERAN PELANCARAN (GP)
Syarat permohonan untuk Bantuan Geran Pelancaran (GP) ialah:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Kumpulan sasar JKM.
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
- Bantuan GP ini disediakan buat penerima bantuan JKM yang sedang menerima bantuan sedia ada dari JKM sahaja.
- Untuk melayakkan diri, permohonan untuk menerima Skim Bantuan Kebajikan JKM adalah diperlukan terlebih dahulu.
SENARAI SKIM BANTUAN KEBAJIKAN JKM
Senarai Skim Bantuan Kebajikan JKM yang layak mohon bantuan Geran Pelancaran (GP) ialah:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Warga Emas
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Latihan Perantis (BAP)
- Bantuan Am Negeri
Baca juga: JKM: Cara Daftar, Semakan Dan Kemaskini 11 Skim Bantuan Secara Online
CARA MOHON
Anda perlu hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian dengan membawa dokumen sokongan seperti berikut untuk membuat permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Geran Pelancaran (GP) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disaluran berikut:
- 03-8323 1000
- E-mel: [email protected]