Nak Tahu Tak? Bayar PTPTN Secara Debit Boleh Dapat Diskaun Sehingga 10%

Kalau selama ini anda semua suka sangat buat pembayaran secara online dan bukan secara debit sampai terlupa dah bayar atau belum pinjaman PTPTN, rasanya selepas ini mesti anda nak buat pembayaran balik secara debit.

Mengapa pula macam tu?

Ini kerana anda akan menikmati diskaun sebanyak 10% sekiranya membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN secara debit! Untung betul!

DISKAUN BAYARAN BALIK PTPTN

Menerusi Bajet 2022 lepas yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan:

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula:

  • 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Diskaun pembayaran balik PTPTN adalah seperti berikut:

  • 15% diskaun atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • 12% diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  • 10% diskaun diberikan untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Nak Tahu Tak? Bayar PTPTN Secara Debit Boleh Dapat Diskaun Sehingga 10%

Rujuk: [Bajet 2022] Diskaun Bayaran Balik PTPTN Bermula 1 November 2021 Hingga 30 April 2022

CARA MOHON DEBIT BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN & DISKAUN 10%

SSPN-i PLUS PTPTN telah berkongsikan langkah-langkah untuk membuat permohonan bayaran balik pinjaman PTPTN secara debit seperti berikut:

Nak Tahu Tak? Bayar PTPTN Secara Debit Boleh Dapat Diskaun Sehingga 10%

  • Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda. Seterusnya klik Log Masuk.
  • Kemudian pergi ke bahagian Penyata Baki.
  • Scroll ke bawah dan klik pada Pendaftaran Untuk Debit Terus. Klik Permohonan baharu.

Nak Tahu Tak? Bayar PTPTN Secara Debit Boleh Dapat Diskaun Sehingga 10%

  • Seterusnya isi maklumat serta jumlah bayaran. Link terus dengan perbankan secara online anda.

Nak Tahu Tak? Bayar PTPTN Secara Debit Boleh Dapat Diskaun Sehingga 10%

  • Sahkan permohonan dan klik Bayar.

Nak Tahu Tak? Bayar PTPTN Secara Debit Boleh Dapat Diskaun Sehingga 10%

  • Jangan lupa untuk screenshot setelah permohonan selesai untuk rujukan pada masa akan datang.
  • Anda akan menikmati diskaun bayaran balik PTPTN sebanyak 10% mulai 1 November 2021 sehingga 30 April 2022 ya!

Mudah dan ringkas rupanya ya! Kalau nak nikmati diskaun 10% tu, jangan tunggu lagi, boleh buat permohonan mulai hari ini!

Baca juga: 4 Saluran Baharu Bayaran Pinjaman PTPTN Secara Online. Mudah & Tak Perlu Ke Kaunter Lagi!

SUMBER

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai diskaun bayaran balik PTPTN dan berkaitan, sila dapatkan di:

By zeo