BSN Myhome Tawarkan Skim Perumahan Belia, Pinjaman Sebanyak 100% Daripada Harga Pembelian

BSN Myhome Tawarkan Skim Perumahan Belia, Pinjaman Sebanyak 100% Daripada Harga Pembelian

BSN MyHome (Skim Perumahan Belia) direka untuk membantu belia yang bujang atau sudah berkahwin memiliki rumah pertama mereka dengan mudah.

Pasangan bujang dan baru berkahwin digalakkan untuk permohonan jika memenuhi  syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Skim Perumahan Belia.

MANFAAT DAN KELEBIHAN YANG DITERIMA

Antara manfaat dan kelebihan yang diterima jika memohon Skim Perumahan Belia:

  • Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap atau sedang dalam pembinaan dari pemaju atau hartanah siap (subsale).
  • Pengecualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.
  • Tempoh pengecualian adalah selama 2 tahun sehingga Disember 2020.
  • Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.
  • Semua pelanggan disyaratkan untuk mengikuti modul Pengurusan Kewangan oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) secara online di https://learn.akpk.org.my atau kaedah lain yang bersesuaian.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun.
  • Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
  • Hartanah Pertama sahaja.
  • Permohonan secara perseorangan atau bersama.
  • Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
  • Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah.

HARGA HARTANAH

Harga hartanah bagi Skim Perumahan Belia ini minimum sebanyak RM100,000 sehingga maksimum RM500,000

MARGIN HARTANAH

Margin hartanah yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Hartanah – Sehingga 100% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).
  • MRTA – Sehingga maksimum 5% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).

KADAR FAEDAH

Kadar faedah bagi Skim Perumahan Belia antaranya:

  • Antara KA + 0.60% sehingga KA + 1.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon:

  • Borang permohonan BSN.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Sijil perkahwinan yang sah / Kad Nikah.
  • Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).
  • 3 bulan terkini salinan penyata gaji.
  • 1 bulan terkini penyata gaji (jika bukan pemohon bersama)
  • 3 bulan terkini salinan penyata bank gaji dikreditkan.
  • 6 bulan terkini penyata bank (jika ada pendapatan lain).
  • Penyata KWSP terkini.
  • Surat Pengesahan Majikan / HRMIS (Kakitangan Kerajaan)
  • Dokumen Pendapatan Sampingan (jika ada).
  • Pemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).
    – Pendaftaran Perniagaan/Syarikat.
    – Borang B / BE + Resit LHDN.
    – Penyata Kewangan Syarikat.
    – Penyata Bank Organisasi untuk tempoh enam (6) bulan.
  • Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) yang telah disetem. Jika S&P belum selesai, Draf S&P / Letter of Intent to Purchase / Resit Deposit / Pesanan Pembelian Pro-forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan.
  • Salinan Geran Induk / Individu (jika ada).

CARA PERMOHONAN

Individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh memuat turun borang permohonan di bawah atau mendapatkan borang permohonan di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat sebelum 31 Disember 2021.

BORANG PERMOHONAN BSN MYHOME-i

Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlulah disertakan bersama dokumen yang diperlukan. Pemohon diingatkan semula untuk menghantar borang permohonan di kaunter cawangan berdekatan sebelum 31 Disember 2021. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut Skim Perumahan Belia ini anda boleh layari laman web Bank Simpanan Nasional (BSN).

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *