Semua orang ingin mendiami rumah kediaman yang selesa walaupun rumah tersebut tidak mewah seperti mana orang lain.
Sekiranya rumah yang anda tinggal sekarang tidak selesa kerana tidak mempunyai modal membuat pembaikan, anda dipelawa untuk membuat Permohonan Baik Pulih Rumah Daif Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Bagaimana nak buat permohonan Baik Pulih Rumah Daif Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ini?
TARIKH TUTUP PERMOHONAN BAIK PULIH RUMAH DAIF BANDAR MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS)
Pemohon digalakkan untuk membuat permohonan Baik Pulih Rumah Daif Bandar MBAS sebelum:
- 31 Januari 2022
Oleh itu, anda perlu membuat permohonan mulai hari ini agar tidak terlepas peluang yang dibuka oleh Majlis Bandaraya Alor Setar.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Pemohon untuk Baik Pulih Rumah Daif Bandar MBAS perlu membaca dahulu syarat kelayakan permohonan seperti berikut:
- Rumah di dalam kawasan pentadbiran MBAS sahaja
- Disahkan status kemiskinan di dalam sistem e-Kasih (B40)
- Bagi yang tidak berdaftar dengan e-Kasih, nama KIR hendaklah disahkan di dalam mesyuarat Focus Group Daerah
- Rumah hendaklah status milikan sendiri (bukan menyewa)
- Belum menerima apa-apa jenis bantuan pembinaan/pembaikan semula daripada agensi kerajaan yang lain.
- Pembaikan melibatkan kompenen asas rumah seperti bumbung, siling, tangga, dapur, tandas, bilik air, pintu, dinding, lantai, tingkap dan tidak melibatkan struktur asas rumah.
Jika anda menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, seterusnya buat permohonan Baik Pulih Rumah Daif Bandar MBAS dengan segera.
CARA MOHON BAIK PULIH RUMAH DAIF BANDAR MBAS
Untuk membuat permohonan dapatkan dahulu borang permohonan di:
BAHAGIAN KOMUNITI, LA21 & CAWANGAN POKOK SENA,
JABATAN PEMBANGUNAN KEMASYARAKATAN,
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
TINGKAT 9, MENARA MBAS.
Lengkapkan borang permohonan anda dan kemukakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR)
- Salinan Geran Tanah (jika tanah menumpang perlu dapatkan kebenaran tuan tanah/semua penama/waris dalam geran)
- Gambar rumah dari pandangan hadapan dan sisi
- Gambar kerosakan yang ingin dibaikpulih
Selain daripada itu, orang ramai yang ingin mempunyai kediaman sendiri atau membaik pulih boleh membuat permohonan PPRT seperti yang dikongsikan dipautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Baik Pulih Rumah Daif Bandar MBAS disaluran berikut:
- 04-720 4776
Atau hadir terus ke:
- Pejabat Bhg. Komuniti, LA21 & Cawangan Pokok Sena, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Alor Setar.