Sudah pastinya RM150 yang akan diberikan kepada para belia di seluruh Malaysia melalui program e-Start sangat dinantikan!
Ini kerana para belia ini boleh memanfaatkan jumlah kredit yang diberikan ini untuk kegunaan mereka tanpa transaksi di premis-premis perniagaan ketika membeli barang.
Bagaimanakah cara untuk memohon RM150 e-Start yang akan dikreditkan melalui akaun e-Dompet semua belia ini?
APA ITU PROGRAM E-START BELIA?
Kalau anda nak tahu, e-Start belia merupakan satu Skim Transaksi Tanpa Tunai dengan tujuan:
- Memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
- Meringankan beban kewangan belia serta pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi tempatan berdaftar.
JUMLAH BANTUAN E-START
Setiap belia yang layak akan menerima bantuan e-Start yang akan dikreditkn ke akaun e-Wallet masing-masing sebanyak:
- RM150
TARIKH MOHON & TARIKH KREDIT RM150 E-START
Buat masa ini pihak Kerajaan belum lagi memaklumkan tarikh mohon e-Start serta tarikh kredit RM150 ke akaun e-Wallet belia.
Jika ada sebarang maklumat, artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN E-START
Tahukah anda apakah syarat kelayakan untuk menerima RM150 kredit e-Start?
Ini syaratnya:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2022
- Pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi
PENYEDIA PERKHIDMATAN E-WALLET
Buat masa ini, terdapat 4 penyedia perkhidmatan e-Wallet yang mungkin terlibat dengan program e-Start iaitu:
- Touch n Go e-Wallet
- ShopeePay
- Boost
- BigPay
Pastikan download dahulu aplikasi ini ya!
**Mungkin akan ada penyedia e-Wallet yang lain akan terlibat sama ada GrabPay atau MAE Maybank.
**Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
CARA MOHON
Kemungkinan cara mohon adalah sama seperti bantuan eWallet sebelum ini dan jika layak, ia akan terus dikreditkan ke akaun eWallet anda masing-masing pada tarikh yang akan ditetapkan.
**Maklumat cara permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Baca juga: Ramai Bising! Mengapa Bonus Penjawat Awam RM700? Ini Jawapan Menteri Kewangan
Selepas ini dapatlah para belia memanfaatkan segala bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia. Yang masih belajar, jangan lupa beli buku untuk belajar ya!