Apa Pula Cara Pembayaran BKM? Ini 3 Kaedah Pembayaran Yang Akan Dilaksanakan

Dah semak syarat kelayakan dan tarikh untuk membuat semakan serta permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Kalau sudah, mungkin anda ingin tahu apakah kaedah yang akan dilaksanakan untuk membayar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada penerima nanti?

Anda boleh semak 3 kaedah pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dikongsikan ini dan dapatkan tarikh permohonan serta syarat kelayakan BKM disini sahaja.

INFO BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Menurut Menteri Kewangan, mulai 2022, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditanbah baik.

Jadi Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberi lebih tumpuan.

Mereka yang akan menerima bantuan adalah seperti gambar dibawah:

Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon. Bayaran Sehingga RM2,500

3 KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

3 Kaedah pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan dilaksanakan kepada semua penerima adalah seperti berikut:

1. Ada Akaun Bank (Berjaya Kredit)

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM.

     

  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

2. Ada Akaun Bank (Gagal Kredit)

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

3. Tiada Akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Jadi, anda pelrlu mengemaskini maklumat akaun bank anda semasa semakan/permohonan baru bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022. Permohonan adalah selama 1 bulan sahaja!

TARIKH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bila pula tarikh bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Untuk tarikh bayaran pula, ia akan dimaklumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dari semasa ke semasa.

Baca juga: [Bajet 2022] Diskaun Bayaran Balik PTPTN Bermula 1 November 2021 Hingga 30 April 2022

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Keluarga Malaysia, sila ajukan dan dapatkan di:

By zeo