Tenaga Nasional Berhad telah menyediakan kemudahan untuk kegunaan pelanggannya. Masih ramai pelanggan Tenaga Nasional Berhad yang masih tidak tahu cara untuk semak dan membayar bil secara online ini.
Sekiranya anda tidak mendapat bil bulanan elektrik anda, anda boleh membuat semakan dan membayar bil elektrik melalui aplikasi MyTNB ini hanya di telefon pintar sahaja.
Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aplikasi MyTNB ini.
KELEBIHAN APLIKASI MYTNB
Berikut adalah kelebihan mempunyai aplikasi MyTNB di telefon pintar anda:
- Dapat mengetahui berapa banyak elektrik yang telah digunakan.
- Boleh melihat semua jumlah untuk semua akaun TNB anda.
- Boleh membayar elektrik pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja
- Boleh memberi maklum balas mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan bil dengan cepat.
CARA MENDAFTAR MYTNB
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar aplikasi MyTNB:
- Muat turun aplikasi MyTNB di mana-mana satu Playstore, Apple App Store atau Huawei App Gallery.
- Setelah selesai memuat turun Aplikasi MyTNB, klik pada logo MyTNB.
- Klik pada Register untuk membuat pendaftaran akaun.
- Seterusnya, anda perlu memasukkan semua maklumat yang diminta seperti berikut:
- Nama penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor telefon
- Emel
- Kata laluan yang ingin ditetapkan oleh anda
- Selesai memasukkan maklumat, anda perlu menekan Register.
- SMS akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan sebentar tadi bersama nombor pin pengaktifan akaun.
- Anda perlu memasukkan nombor pin yang telah dan tekan verify pin.
- Akaun MyTNB anda telah disahkan dan didaftarkan.
- Maklumat anda akan dipaparkan di Dashboard akaun TNB.
- Klik Comfirm app dan paparan bil anda akan ditunjukkan.
CARA MEMBAYAR BIL
Berikut adalah cara untuk membayar bil elektrik menggunakan aplikasi MyTNB:
- Klik pada Akaun dan Jumlah Bayaran.
- Klik pada akaun bil yang anda ingin bayar dan klik Pay Bill.
- Senarai bank akan dipaparkan melalui TNB payment gateway.
- Seterusnya buat pembayaran melalui sistem perbankan.
FUNGSI APLIKASI MYTNB
Berikut adalah fungsi-fungsi aplikasi myTNB:
- Membuat bayaran bil TNB yang tertunggak menggunakan TNB payment gateway.
- Membuat dan menyemak permohonan-permohonan baru seperti memohon penyambungan baru, penamatan akaun, penukaran nama akaun dan self-meter reading.
- Melihat trend penggunaan elektrik rumah anda.
- Analisa penggunaan elektrik berbanding rumah-rumah yang hampir sama.
Untuk makluman anda, anda juga boleh menggunakan portal MyTNB untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan memasukkan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian Tenaga Nasional Berhad di talian 1 300 88 5454 atau emelkan soalan anda di [email protected].