Diskaun Bayaran Saman Trafik Sehingga 50% Di 6 Buah Negeri. Jom Setel Saman!

Mesti ramai yang menunggu diskaun saman trafik kan?

Mengapa? Sebab boleh setelkan saman-saman trafik yang tertunggak dengan diskaun yang agak berpatutan.

Dan terkini, PDRM di 6 buah negeri telah mengumumkan diskaun saman trafik sehingga 50% dan anda juga boleh semak jenis-jenis saman trafik yang diberikan diskaun sehingga 50%.

MYBAYAR SAMAN

Anda juga boleh membayar saman trafik melalui aplikasi MyBayar Saman! Lebih mudah sebenarnya jika anda gunakan aplikasi MyBayar Saman.

Daftar MyBayar Saman & Dapatkan Diskaun Saman Sehingga 50%. Ini Cara Daftar

Macam mana nak daftar dan bayar saman trafik menggunakan MyBayar Saman? Klik sini untuk dapatkan cara-cara daftar dan bayar saman anda secara online.

6 NEGERI DISKAUN SAMAN TRAFIK HINGGA 50%

Antara negeri-negeri yang mengadakan diskaun saman trafik pada bulan Disember 2021 ialah:

1. Perlis

Diskaun Bayaran Saman Trafik Sehingga 50% Di 7 Buah Negeri. Jom Setel Saman!

Anda boleh membuat pembayaran saman bermula tarikh berikut:

  • 1 hingga 5 Disember 2021

Diskaun 50% dikecualikan untuk saman berikut:

  • Saman kemalangan
  • Tidak Boleh Dikompaun (NC)
  • Saman dalam perbicaraan
  • Saman berstatus waran thun semasa/status mahkamah
  • Saman berkaitan lori

Pembayaran adalah secara manual di kaunter JSPT IPK Perlis, Arau dan Padang Besar.

2. Kedah

Diskaun Bayaran Saman Trafik Sehingga 50% Di 7 Buah Negeri. Jom Setel Saman!

Anda boleh membuat pembayaran saman pada tarikh berikut:

  • 6 hingga 8 Disember 2021

Diskaun 50% dikecualikan untuk saman berikut:

  • Tidak patuh lampu isyarat
  • Lorong kecemasan
  • Potong secara merbahaya
  • Potong di garisan berkembar
  • Kemalangan
  • Dalam perbicaraan
  • Tidak boleh kompaun
  • Kesalahan berkaitan lori
  • Pengubahsuaian ekzos

Pembayaran adalah secara manual di kaunter Bahagian Penguatkuasaan Trafik, IPD Pendang.

3. Perak

Diskaun Bayaran Saman Trafik Sehingga 50% Di 7 Buah Negeri. Jom Setel Saman!

Anda boleh membuat pembayaran saman pada tarikh berikut:

  • 1 hingga 30 Disember 2021

Diskaun 50% dikecualikan untuk saman berikut:

  • Saman Kemalangan Tahun 2021
  • Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
  • Saman Berstatus Bicara Mahkamah (’m’)
  • Saman Berkait Kenderaan M/Lori (‘β’)
  • Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/ Potong ‘Q’ Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Potong Di Garisan Berkembar Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan

Pembayaran adalah secara manual disemua kaunter saman Trafik PDRM Perak.

4. Negeri Sembilan

Diskaun Bayaran Saman Trafik Sehingga 50% Di 7 Buah Negeri. Jom Setel Saman!

Anda boleh membuat pembayaran saman pada tarikh berikut:

  • 29 November hingga 8 Disember 2021

Diskaun 50% dikecualikan untuk saman berikut:

  • Tidak patuhi lampu isyarat
  • Lorong kecemasan
  • Potong secara merbahaya
  • Potong di garisan berkembar
  • Kemalangan
  • Dalam perbicaraan
  • Tidak boleh dikompaun
  • Kesalahan berkaitan lori
  • Pengubahsuaian ekzos

Pembayaran adalah secara manual disemua kaunter saman semua daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen Negeri Sembilan.

5. Pahang

Diskaun Bayaran Saman Trafik Sehingga 50% Di 7 Buah Negeri. Jom Setel Saman!

Anda boleh membuat pembayaran saman pada tarikh berikut:

  • 22 November hingga 6 Disember 2021

Diskaun 50% dikecualikan untuk saman berikut:

  • Tidak patuhi lampu isyarat
  • Lorong kecemasan
  • Potong secara merbahaya
  • Potong di garisan berkembar
  • Saman Kemalangan
  • Dalam perbicaraan
  • Tidak boleh dikompaun
  • Kesalahan berkaitan lori
  • Pengubahsuaian ekzos

Pembayaran adalah secara manual disemua kaunter saman Trafik Kontinjen Pahang.

6. Sarawak

Diskaun Bayaran Saman Trafik Sehingga 50% Di 6 Buah Negeri. Jom Setel Saman!

Anda boleh membuat pembayaran saman pada tarikh berikut:

  • 1 hingga 14 Disember 2021

Diskaun 50% dikecualikan untuk saman berikut:

  • Tidak patuhi lampu isyarat
  • Lorong kecemasan
  • Potong secara merbahaya
  • Potong di garisan berkembar
  • Saman Kemalangan
  • Dalam perbicaraan
  • Tidak boleh dikompaun
  • Kesalahan berkaitan lori
  • Pengubahsuaian ekzos

Pembayaran adalah secara manual disemua kaunter saman semua Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen Sarawak.

Apa yang penting disini, jaga SOP, jaga jarak dan pakai penutup muka apabila membuat urusan pembayaran saman trafik masing-masing ya!

By zeo