Setiap tahun terdapat ribuan graduan yang telah menamatkan pengajian. Namun begitu, jumlah graduan yang tamat pengajian adalah tidak selari dengan jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan. Graduan tidak seharusnya cerewet atau bersikap terlalu memilih pekerjaan dalam persaingan mendapatkan pekerjaan pada masa kini.
Tedapat beberapa faktor atau punca yang menyebabkan graduan tidak mendapat pekerjaan dan terpaksa menganggur.
PUNCA GRADUAN MENGANGGUR
Berikut adalah punca-punca yang menyebabkan kebanyakan graduan menganggur:
1. Terlalu Memilih Lokasi Pekerjaan
Graduan yang cenderung memilih lokasi pekerjaan, pasti akan sukar mendapatkan pekerjaan. Bagi graduan yang tinggal di luar bandar, peluang pekerjaan yang ditawarkan pastinya kurang. Akan tetapi, mereka tidak berani mengambil risiko untuk berpindah ke bandar yang menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
2. Kegagalan Mendapatkan Maklumat Kekosongan Jawatan
Graduan yang mempunyai akses yang terhad pasti menghadapi kegagalan untuk mendapatkan maklumat kekosongan jawatan. Graduan perlu bijak bertindak untuk mendapatkan pekerjaan dengan kadar segera.
3. Kelulusan Atau CGPA Yang Rendah
Keputusan CGPA graduan yang rendah menyebabkan majikan-majikan kurang berminat untuk menemuduga dan menggaji graduan. CGPA merupakan perkara yang penting dan ditekankan oleh majikan dalam pemilihan pekerjanya.
4. Kemahiran Insaniah Yang Rendah
Kebanyakan graduan pada masa kini mempunyai kemahiran insaniah yang rendah. Antara kemahiran insaniah yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan.
STATISTIK
Menurut Laporan Statistik Siswazah 2016, jumlah siswazah menganggur pada 2016 ialah seramai 145,800 orang atau empat peratus sementara pada 2017 seramai 154,500 orang (4 peratus); seramai 161,300 orang (3.9 peratus) pada 2018 dan 170,300 orang (3.9 peratus ) pada tahun 2019.
JAWATANKUASA KHAS PEKERJAAN NASIONAL (JKPN)
Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional (JKPN) merupakan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan yang berperanan membincangkan inisiatif pembaharuan jangka panjang mengenai isu pasaran pekerjaan.
Untuk makluman, sebanyak 202,117 peluang pekerjaan ditawarkan oleh majikan melalui portal MY Future Jobs kepada golongan siswazah. My Future Job adalah inisiatif Penjaya Kerjaya yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Program ini dijalankan bagi merangsang kewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan.
Melalui inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan mampu mengurangkan kadar pengangguran dan graduan berjaya mendapatkan tempat dalam pekerjaan. Inisiatif ini mampu memberi impak yang positif kepada graduan dan negara.