Musibah datang tanpa diduga! Begitu juga dengan kejadian banjir besar di Selangor yang mengakibatkan banyak kehilangan nyawa.
Tapi, yang akan kita rasakan sekiranya mangsa musibah ini adalah sebahagian daripada ahli keluarga kita?
Sekiranya anda tidak ingin perkara ini berlaku dalam keluarga anda, jom kita install siap-siap InfoBencana JKMv2 untuk dapatkan maklumat terutama untuk mangsa banjir pada masa kini.
APA ITU INFOBENCANA JKMv2
Sistem itu merupakan aplikasi utama dalam pengumpulan dan pelaporan statistik mangsa bencana untuk kegunaan orang ramai serta pihak berkepentingan.
Ia juga adalah antara langkah inovatif bagi menghadapi Monsun Timur Laut 2021/2022 yang bermula November 2021 hingga Mac 2022, agar memberi manfaat kepada semua pihak terutama ahli Keluarga Malaysia dalam menghadapi bencana.
Akses yang cepat dan mudah kepada maklumat kritikal berkaitan bencana dapat memastikan tindakan pencegahan, rawatan dan sebagainya dilaksanakan dengan lebih cekap serta berkesan, sekali gus membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan siap siaga.
4 MAKLUMAT INFOBENCANA JKMv2
Terdapat 4 maklumat yang disalurkan daripada aplikasi InfoBencana JKMv2 iaitu:
- Info bencana banjir
- Senarai pusat buka
- Statistik banjir
- Pusat pemindahan terdekat
CARA DOWNLOAD
Anda boleh download aplikasi InfoBencana JKMv2 dipautan berikut:
ADA BAYARAN KE?
Muat turun InfoBencana JKMv2 tidak ada bayaran kerana ia adalah PERCUMA sahaja!
Bagi anda yang memerlukan bantuan seperti barangan keperluan dan sebagainya, anda boleh klik pautan dibawah. Kerajaan Malaysia dan agensi berkaitan juga menyediakan beberapa bantuan dan inisiatif kepada mereka yang ditimpa musibah seperti berikut:
- LPPSA Sediakan Pampasan Kerosakan Rumah Yang Terjejas Banjir & Ini Cara Permohonan
- [KitaJaga.co] Mohon & Sumbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Disini Sahaja
- Penangguhan Bayaran Pinjaman Maybank, Pengurangan Ansuran Bulanan Untuk Mangsa Banjir
- Jenis-Jenis Bantuan & Inisiatif Musibah Banjir Yang Diumumkan Perdana Menteri, Bantuan Wang Ihsan Sehingga RM1,000