Cara Mohon Jawatan Di Pusat Hemodialisis Zakat, Zakat Pulau Pinang

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ).

Terdapat 2 jenis jawatan yang ditawarkan di Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ) iaitu Penolong Eksekutif dan Jururawat.

Bagaimana nak buat permohonan untuk jawatan di Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ), Zakat Pulau Pinang ini?

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan sebelum tarikh tutup permohonan pada:

  • 31 Disember 2021

SENARAI JAWATAN PUSAT HEMODIALISIS ZAKAT

Terdapat 2 jawatan yang ditawarkan iaitu:

  • Penolong Eksekutif (Perolehan)
  • Jururawat

Status jawatan adalah secara lantikan TETAP.

Sekiranya berjaya dalam temuduga, anda akan ditempatkan di:

  • Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ), Zakat Pulau Pinang

SYARAT-SYARAT AM KELAYAKAN

Syarat-syarat am kelayakan untuk memohon jawatan ini ialah:

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Calon-calon mestilah lulus sijil SPM / SPMV atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Manakala syarat-syarat kelayakan bagi setiap jawatan ialah:

PENOLONG PEGAWAI PEROLEHAN

Calon mestilah mempunyai kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Mempunyai pengalaman kerja berkaitan tidak kurang dari 2 tahun
    dalam bidang berkaitan Purchasing/Inventory/Contract Management dan setara
  • Boleh bertutur dan menulis dengan baik di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Mahir dalam menggunakan komputer dan perisian-perisian berkaitan bagi maksud menjalankan tugas dan fungsinya

JURURAWAT

  • Memiliki diploma dalam bidang Kejururawatan atau lain-lain kelayakan berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Penuh dari Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Memiliki Sijil Amalan Tahunan Semasa.
  • Keutamaan diberi kepada calon-calon yang berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang Kejururawatan dan dalam hal-hal berkaitan.
  • Calon yang baru menamatkan pengajian juga digalakkan memohon.
  • Mempunyai Sijil Pos Basik Perawatan Renal adalah satu kelebihan.
  • Calon adalah bukan calon simpanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

CARA MOHON

Muat turun permohonan jawatan kosong di Pusat Hemodialisis Zakat, Zakat Pulau Pinang di:

  • Pautan berikut: BORANG PERMOHONAN
  • Atau dapatkan borang permohonan yang boleh diambil di Ibu Pejabat Zakat Pulau PInang
  • Lengkapkan borang permohonan dan kemukakan bersama CV/Resume yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sertakan salinan sijil yang berkaitan), pengalaman kerja dan sekeping gambar bersaiz pasport. Sila nyatakan gaji terkini dan gaji yang dipohon.
  • Pastikan semua salinan sijil yang disertakan perlu disahkan benar.
Nota: Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak diproses. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari Zakat Pulau Pinang 3 bulan dari tarikh iklan ditutup.
Seterusnya, kemukakan permohonan anda ke alamat berikut:
PENGURUS BESAR
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
ZAKAT PULAU PINANG
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Pastikan ia dihantar sebelum tarikh tutup pada 31 Disember 2021 ya!

Cara Mohon Jawatan Di Pusat Hemodialisis Zakat, Zakat Pulau Pinang

Baca juga: Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang, MAINPP & Dapatkan Syarat-Syaratnya Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong di Pusat Hemodialisis Zakat, Zakat Pulau Pinang sila dapatkan disaluran berikut:

By zeo