Adakah anda mengetahui terdapat banyak jenis bantuan khairat percuma yang diberikan kepada waris yang kehilangan ahli keluarga?
Khairat kematian merupakan satu bantuan yang berbentuk kewangan bagi keluarga si mati. Khairat kematian merupakan bantuan yang sangat penting bagi keluarga si mati. Terdapat pelbagai jenis bantuan khairat kematian yang diberikan kepada waris keluarga si mati yang ramai orang tidak mengetahuinya.
Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis bantuan khairat kematian yang diberikan kepada waris keluarga si mati.
JENIS BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN
Berikut adalah jenis-jenis bantuan khairat kematian yang diberikan kepada waris keluarga si mati:
1. Khairat Kematian PTPTN
Bagi peminjam PTPTN yang meninggal semasa dalam tempoh pinjaman, anda layak untuk mendapat Skim Khairat Kematian yang berjumlah RM2,500.
Syarat Kelayakan
1. Pendeposit
-
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun keatas atau sebelum mencapai 64 tahun.
2. Penerima Manfaat
-
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.
- Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja
3. Lain-lain
-
- Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat.
- Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama.
4. Amaun Manfaat Bersamaan Dengan Baki Akaun
-
- Khairat Kematian bersamaan RM2,000.00 (pendeposit).
- Khairat Kematian bersamaan RM500.00 (penerima manfaat).
2. Bantuan Kematian KWSP
Waris pencarum KWSP boleh membuat tuntutan permohonan pengeluaran kematian yang disediakan oleh KWSP. Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada “orang tanggungan ahli” yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).
Waris perlu mengemukakan permohonan dengan mengisi borang di kaunter KWSP.
3.Skim Khairat Kematian (SKK) Penerima BSH
Bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), waris boleh kemukakan tuntutan Skim Khairat Kematian bagi waris yang didaftarkan semasa permohonan BSH 2020. Waris boleh membuat tuntutan SKK di cawangan BSN yang berhampiran dengan kawasan anda dengan membawa dokumen berikut:
- Sijil Kematian (Asal / salinan) Pemohon / Pasangan; dan
- Kad Pengenalan Asal waris; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara Pemohon dan wakil / waris
(Asal / Salinan
Jumlah Skim Khairat Kematian yang akan diterima oleh Waris sebanyak RM1,000.
4. Bantuan Khairat Kematian FELDA
- Skim ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010 sebagai salah satu aktiviti kebajikan yang disumbangkan oleh FELDA kepada peneroka di tanah rancangan. Tujuan skim ini adalah sebagai bantuan menguruskan jenazah dan mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung oleh waris.
- Belanja pengurusan jenazah RM3,000 dibayar serta merta oleh Pengurus Rancangan kepada waris.
- Permohonan bayaran khairat kematian RM7,000 perlu diuruskan oleh waris dalam tempoh satu minggu dari tarikh kematian menggunakan Borang Tuntutan Khairat Kematian Peneroka yang boleh diperolehi di Pejabat Rancangan. Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pengurus Rancangan untuk dimajukan kepada Pengurus Besar Wilayah dan kelulusan bayaran oleh Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat FELDA. Bayaran RM7,000 akan dipertimbangkan kelulusannya oleh FELDA setelah kematian peneroka diperakui oleh Pengurus Rancangan dan disahkan oleh Pengurus Besar Wilayah melalui borang PKKP.
- Ibu Pejabat FELDA akan mengeluarkan surat kelulusan bayaran kepada Pengurus Rancangan untuk dibuat bayaran kepada waris.
5. Faedah Pengurusan Mayat PERKESO
Amaun sebanyak RM2,000 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.
Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM2,000 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.
6. Khairat Kematian ASB/ASNB
- ASNB memberikan bantuan khairat kematian kepada waris pendeposit di dalam akaun ASB/ ASN/ ASW 2020 atau apa sahaja amanah saham terbitan PNB.
- Tidak kiralah berapa banyak jumlah duit yang ada dalam buku ASB, walau ada RM10 pun, tidak aktif bertahun2 sekalipun tapi masih ada buku. Ia dikira layak sebagai ahli ASNB.
- Waris harus ke pejabat atau cawangan ASNB untuk buat tuntutan khairat kematian. Tuntutan khairat kematian adalah dalam masa 6 bulan selepas kematian pemegang akaun. Jika tidak tuntut, duit khairat tersebut dikira hangus. Khairat Kematian ASNB adala mengikut kadar berikut :
- RM200 Tunai bagi pelaburan 1 unit hingga 4,999 unit + RM800 bantuan keluarga kurang berkemampuan dalam bentuk Cek.
- RM1,000 bagi pelaburan 5,000 unit hingga 10,000 unit.
- RM2,000 bagi pelaburan 10,001 unit ke atas.
7. Khairat Kematian Bank Rakyat
- Sesiapa yang buka akaun Bank Rakyat, maka ia secara automatik menjadi ahli anggota Bank Rakyat.
- Bank Rakyat melalui Yayasan Bank rakyat menawarkan bantuan khairat kematian kepada ahli anggota yang layak. Amaun bantuan adalah berjumlah RM 1,000.
- Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian. Waris perlu pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat untuk lakukan tuntutan.
- Bantuan bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh waris yang menguruskan perbelanjaan pengkebumian dan urusan-urusan lain yang berkaitan.