Sedar atau tidak bahawa sekarang ini kita semua benar-benar mempraktikkan budaya Norma Baharu dimana segala urusan telah dilakukan secara online sahaja bermula daripada permohonan pelbagai bantuan kerajaan termasuk juga urusan seperti iLestari, iSinar, BPR 2021 dan bermacam lagi.
Malah, untuk renew SSM juga boleh dilakukan secara online dan nak hadir ke kaunter KWSP juga anda perlu membuat temujanji secara online terlebih dahulu.
Kini, sebarang urusan di Jabatan Pendaftara Negara (JPN) juga sudah boleh dilakukan secara online sahaja. Maka, anda tidak perlu lagi bersesak dan beratur panjang di JPPN untuk melakukan urusan yang berkaitan.
8 URUSAN JPN SECARA ONLINE
Antara 12 urursan JPN yang boleh dilakukan secara online ialah:
1. Sistem MyJanjiTemu JPN
- Klik https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/
- Kemudian klik MULA TEMPAHAN
- Isikan maklumat seperti cawangan perkhidmatan, tarikh dan masa, maklumat anda akhir sekali daparkan slip tempahan.
2. Urusniaga Kad Pengenalan
- Klik https://oskp.jpn.gov.my/
- Pilih urusan yang anda ingin lakukan
3. Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian
- Klik https://osdftrlhr.jpn.gov.my/
- Klik DAFTAR PENGGUNA BARU jika belum pernah mendaftar
- Klik LOG MASUK jika sudah pernah mendaftar
4. Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakui Dalam Talian
- Klik https://oslhr.jpn.gov.my/
- Klik DAFTAR PENGGUNA BARU jika belum pernah mendaftar
- Klik LOG MASUK jika sudah pernah mendaftar
5. Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen Secara Dalam Talian (Bukan Islam)
- Klik https://oskc.jpn.gov.my/
- Klik DAFTAR PENGGUNA BARU jika belum pernah mendaftar
- Klik LOG MASUK jika sudah pernah mendaftar
6. Semakan Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen (Bukan Islam) Yang Dimohon Secara Dalam Talian
- Klik https://semakoskc.jpn.gov.my/
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan masukkan KOD VERIFIKASI
- Klik SEMAK PERMOHONAN
7. Status Permohonan MyKid
- Klik http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid_eng/
- Masukkan NOMBOR MYKID
- Masukkan CAPTCHA dan klik SEMAK
8. myIDENTITY(KemasKini Alamat Surat Menyurat)
- Klik https://www.myidentity.gov.my/
- Klik PENDAFTARAN BARU, kemudian klik LOG MASUK KALI PERTAMA untuk masuk dan membuat permohonan.
- Jika pernah mendaftar, klik LOG MASUK dan buat permohonan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai urusan JPN secara online, sila dapatkan melalui:
- Laman rasmi JPN: https://www.jpn.gov.my/my/
- Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
Kementerian Dalam Negeri ,No 20, Persiaran Perdana, Presint 2 ,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. - Telefon: 03-8000 8000
- Faks: 03-8880 8288