Hari-hari lalu tol mesti guna kad Touch ‘N Go untuk memudahkan segala urusan dan mempercepatkan perjalanan untuk ke destinasi masing-masing.
Tetapi adakah anda semua tahu bahawa kad Touch ‘N Go akan luput selepas 10 tahun digunakan?
Apa pula nak buat kalau ada baki dalam kad yang luput tu? Dapatkan cara untuk refund smula baki yang ada dalam kad Touch ‘N Go seperti yang dikongsikan ini.
INFO RINGKAS KAD TOUCH ‘N GO
Kad Touch ‘N Go adalah sekeping kada prabayar yang menggunakan teknologi contactless dan menjadi salah satu cara bayaran di:
- Tempat letak kereta (parking)
- Tol
- Pengangkutan awam
- e-Wallet
Dimana anda boleh dapatkan kad Touch ‘N Go ini? Anda boleh sahaja mendapatkan kad Touch ‘N Go ini di:
- Stesen-stesen minyak terpilih
- Kedai serbaneka
- Kaunter jualan lebuh raya
- Kaunter stesen LRT
- Kaunter pengangkutan awam
Jumlah yang boleh dibuat pula adalah bermula dengan RM10 sehingga RM500 dan jumlah tertinggi adalah sebanyak RM1,500 sahaja.
TARIKH LUPUT KAD TOUCH ‘N GO
Anda boleh membuat semakan tarikh luput kad Touch ‘N Go pada bahagian belakang kad seperti gambar dibawah:
Jika dilihat pada tarikh yang ditunjukkan, ia akan tamat tempoh selepas 10 tahun dan apa yang akan anda lakukan sekiranya ia mempunyai baki?
CARA REFUND BAKI KAD TOUCH ‘N GO
Untuk dapatkan semula baki kad Touch ‘N Go yang telah luput, apa yang anda perlu lakukan ialah:
- Hadir ke kaunter khidmat pelanggan Touch ‘N Go yang berdekatan dengan anda.
- Isi borang yang disediakan dengan betul dan tepat.
- Tunggu 30 hari refund ke dalam akaun bank atau e-wallet anda.
Atau anda boleh refund baki secara online seperti berikut:
- https://www.touchngo.com.my/customer-service/erefund
- Masukkan nombor siri kad Touch ‘N Go anda.
- Pilih jenis ID anda dan masukkan nombor ID contohnya dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda.
- Klik Next untuk proses seterusnya dan sehingga tamat proses.
- Sama seperti permohonan refund secara bersemuka, ia akan diproses dalam tempoh 30 hari bermula tarikh pengahantaran borang e-Refund oleh pelanggan.
- Bagi kad Touch ‘N Go yang hilang atau dicuri, jumlah bayaran refund adalah berdasarkan jumlah nilai yang direkodkan pada tarikh permohonan refund dilakukakan.
SEMAKAN STATUS
Setelah membuat permohonan refund baki, anda boleh membuat semakan status di:
- https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/CheckStatus.aspx
- Masukkan nombor rujukan kes dan klik Submit
- Status akan dipaparkan.
Baca juga: Cara Mohon & Daftar e-Start RM150 Kredit Melalui e-Dompet Belia
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut mengenai cara refund baki kad Touch ‘N Go serta pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi:
- Emel: [email protected]
- Facebook and Twitter, @MyTouchnGo