Bagi anda yang telah memohon pekerjaan di syarikat yang menawarkan kekosongan jawatan pasti berharap anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Akhirnya penantian yang ditunggu sudahpun tiba kerana anda telah layak untuk menghadiri temuduga. Sudahkan anda bersedia untuk berhadapan dengan soalan “killer” daripada panel penemuduga.
Soalan-soalan yang diberikan oleh penal penemuduga adalah untuk mengenalpasti personaliti anda.
Mari ikuti perkongsian ini untuk mengetahui soalan apakah dan jawapan yang patut anda berikan kepada penal penemuduga.
5 SOALAN KILLER SEMASA TEMUDUGA
Antara soalan-soalan yang akan ditanya semasa temuduga dijalankan adalah seperti berikut:
1. Apakah Kekuatan Utama Anda?
Soalan ini ditanya untuk menguji kekuatan dan kelebihan diri anda sama ada anda akan menonjolkan diri anda secara berlebihan ataupun secara sederhana.
Untuk menjawab soalan ini, pertama sekali anda perlu menekankan mengenai kemahiran teknikal yang diterap oleh anda kerana ianya memerlukan ilmu dan teknik yang betul untuk melaksanakan tugas. Seterusnya, tekankan sikap profesional yang anda miliki dalam menjayakan tugasan anda. Hurai dengan lebih lanjut mengenai sikap profesional yang ada dalam diri anda adalah seperti, kemahiran komunikasi, multitasking, analytical thinking, critical thinking, kemahiran memimpin.
Rumuskan kekuatan anda mengenai kemahiran teknikal dan sikap profesional mampu meningkat produktiviti dalam syarikat yang anda akan bekerja.
2. Adakah Anda Bersedia Untuk Mengambil Tugasan Yang Mempunyai Tarikh Akhir?
Penal penemuduga ingin menguji dan mengenapasti kebolehan anda dalam menguruskan masa dan pengurusan ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Anda boleh memberi jawapan dengan menyatakan anda mengamalkan 3 konsep dalam menguruskan tugas iaitu memberi keutamaan kepada kerja yang diberikan (dateline), menyiapkan tugasan penting yang diberikan dan menyemak semula tugasan.
Anda juga akan mempersiapkan jadual tugasan akan dilakukan untuk hari esok. Jawapan ini menunjukkan anda seorang yang sistematik dan konsisten dalam melakukan tugasan yang diberikan.
3. Mengapa Anda Mahu Meninggalkan Kerja Lama Anda
Jika anda mendapat soalan ini, bawa bertenang dan cuba berikan jawapan terbaik kerana sebenarnya panel penemuduga sudah boleh mengagak jawapan yang anda akan berikan. Oleh mereka mahu cuba memahami kronologi dan sebab perpindahan kareer anda ke syarikat mereka.
Anda boleh menekankan pengalamanyang telah anda perolehi, kerana dengan pengalaman anda mampu menyumbang kepada syarikat mereka. Anda juga perlu memberi alasan yang muhasabah dengn tidak memburukkan pekerjaan lama anda. Antara alasan yang boleh diberikan adalah seperti jarak yang tempat kerja yang jauh dan memakan masa, bayaran yang diperoleh tidak setimpal dengan kemahiran dan sumbangan anda, dan anda ingin mencari syarikat yang lebih stabil dari segi kewangan.
4. Apakah Yang Anda Tahu Mengenai Syarikat Ini?
Penemuduga ingin menguji sama ada anda bersedia ataupun tidak untuk hadir ke temuduga. Selain itu, adalah anda memberi perhatian terhadap syarikat yang anda mohon.
Dengan teknologi yang ada anda perlu membuat sedikit kajian mengenai latar belakang syarikat dan baca liputan media tentang syarikat tersebut dan juga berita umum atau isu yang mampu memberikan kesan kepada industri syarikat tersebut. Anda pasti tidak mahu ketinggalan berbanding calon lain. Berikan sedikit pujian kepada syarikat, tunjukkan semangat, minat dan motivasi anda kepada hasil kerja syarikat.
5. Dalam Pekerjaan Anda, Apakah Aspek Utama Bagi Diri Kamu?
Soalan ini ditanya bagi melihat apakah keutamaan yang boleh anda berikan ketika bekerja di syarikat mereka.
Anda perlulah memberikan support kepada syarikat dalam memaksimakan keuntungan dan meminimakan kos pengeliaran. Selain itu, sebagai seorang pekerja anda akan menfokuskan keuntungan, melindungi aset syarikat, meningkatkan produktiviti atau gabungan semuanya sekali.
Anda perlu menceritakan dengan lebih jelas mengenai masalah yang dihadapi semasa anda bekerja dan cara anda mengatasi masalah tersebut. Tutup ulasan dengan menonjolkan diri anda. Sebagai contoh, kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan sifat kepimpinan yang saya lakukan saya amat membantu dalam menjayakan tugas harian saya.
Calon yang bakal menghadiri temuduga perlulah menyiapkan diri anda untuk bersedia menjawab soalan yang diutarakan oleh penemuduga. Sebaiknya anda cuba menjawab soalan tersebut walaupun anda memerlukan sedikit masa untuk berfikir.