Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang ingin mendapatkan Kursus Latihan Vokasional dipelawa untuk menambahkan kemahiran masing-masing di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi.
Bilakah tarikh permohonan untuk kemasukan ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi JKM?
Nak tahu juga apakah kursus-kursus yang ditawarkan di PLPP Bangi bagi sidang Akademik 2022 kali ini?
TARIKH PERMOHONAN/TEMUDUGA KE PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN & PEMULIHAN BANGI
Golongan OKU yang berminat untuk menambahkan kemahiran vokasional di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi boleh mengikuti temuduga mengikut sesi yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Wisma Persekutuan Raub, Pahang: 31 Januari 2022
- Wisma Persekutuan Temerloh: 3 Februari 2022
- Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom: 5 Februari 2022
KURSUS-KURSUS DISEDIAKAN
Kursus-kursus yang disediakan di PLPP Bangi adalah seperti berikut:
1. Kursus Vokasional
- Kursus Pengurusan pejabat (SKM Tahap 2)
- Kursus Pembuatan Pakaian Wanita (SKM Tahap 1)
- Kursus Pemasangan Elektrik
- Kursus Fabrikasi Logam (Pembuatan Kerusi Roda)
- Kursus Protestik dan Ortotik
2. Kursus Pra-Vokasional
- Kursus Seni Lukis
- Kursus Teknologi Batik
3. Kursus-Kursus Baharu
- Kursus Facial dan Resdung
- Kursus Bekam
- Kursus Urutan Lelaki
- Kursus Penggayaan Rambut Lelaki
- Kursus Pastri dan Kek
- Kursus Pembuatan Langsir
SYARAT KEMASUKAN KE PLPP BANGI
Syarat untuk kemasukan ke PLPP Bangi yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
- Orang Kurang Upaya Fizikal yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Berumur 18 hingga 40 tahun
- Berkelulusan SPM, PMR atau sekurang-kurangnya boleh membaca, menulis dan mengira
- Berkeupayaan mengurus diri
- Bebas dari rekod penyalahgunaan dadah dan jenayah
CARA MOHON
- Pemohon, ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan secara PLPP melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD) berhampiran tempat kediaman.
- Pemohon diminta melengkapkan dan menghantar borang serta dokumen yang berkaitan kepada PKMD berkenaan.
Seterusnya sediakan dokumen-dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan anda:
- Borang Permohonan Kemasukan ke PLPP
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara (jika berkaitan)
- Borang Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga
- Borang KKA 5 Bahagian B – Kebenaran Pembedahan Semasa Kecemasan
- Salinan kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai kemasukan ke PLPP Bangi sila dapatkan disaluran berikut:
- plppbangi @jkm.gov.my
- 03-8926 1996/2681/2682