Jika kita hidup di kediaman yang selesa menjalani kehidupan seharian, golongan asnaf juga inginkan perkara yang sama tetapi sudah pasti ada dikalangan mereka tidak mampu untuk membayar deposit sewa rumah dan membayar sewa rumah bulanan.
Jadi, untuk membantu golongan asnaf menjalani kehidupan dengan baik dan semurna dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menawarkan Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan kepada golongan ini.
Baca juga: MAIWP: Pilih & Pulang Kasih Asnaf Back To School. Tak Perlu Bayar, Percuma Sahaja
Seterusnya, dapatkan syarat kelayakan serta semak dokumen yang diperlukan untuk memohon Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan.
SYARAT UMUM BANTUAN DEPOSIT SEWA RUMAH DAN SEWA RUMAH BULANAN
Antara syarat umum untuk Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan ialah:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)
DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PERMOHONAN BANTUAN DEPOSIT SEWA RUMAH DAN SEWA RUMAH BULANAN
Dokumen sokongan untuk permohonan Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan ialah:
1. Borang permohonan
2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
3. Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
4. Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan)
5. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan)
- Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
6. Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contoh : DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain)
7. Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)
8. Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)
9. Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini
DOKUMEN LAIN YANG DIPERLUKAN
Selain daripada dokumen di atas, anda perlu sertakan bersama dokumen lain yang sekiranya berkaitan dengan permohonan anda seperti:
Seterusnya, hantar permohonan anda yang telah siap beserta dokumen yang lengkap ke:
- Kaunter Baitulmal MAIWP di sini
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Info selanjutnya mengenai Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan MAIWP, sila hubungi :
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA. - Telefon : 03 – 8871 5000
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 LABUAN - Telefon : 087-418 515 / 512
- Faks : 087-418 514